NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PKPKM mohon kerajaan teliti harga getah




KUALA LUMPUR: 
Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM) meminta kerajaan meneliti isu dihadapi pekebun kecil getah dengan lebih mendalam terutama berkaitan harga komoditi itu yang tidak memberangsangkan.

Timbalan presiden persatuan itu Adzmi Hassan berkata perhatian terhadap isu berkenaan juga perlu memandangkan pendapatan pekebun kecil getah dengan harga komoditi itu pada masa ini tidak seimbang dengan kos sara hidup kini.

“Alhamdulillah, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya memahami rakyat dan mempunyai misi mengurangkan kos sara hidup rakyat dan berharap perkara seperti ini dapat dikekal pada masa hadapan.

“Namun demikian jangan kita fikirkan bantuan sekali beri sahaja… perlu cari jalan untuk menaikkan harga getah juga. Contohnya baru-baru ini yang diumumkan oleh kerajaan berhubung peruntukan jalan raya getah, pihak kami tidak tahu macam mana peruntukan itu akan diterjemahkan dalam bentuk kenaikan harga,” katanya.

Adzmi berkata jalan raya getah atau rubber road itu adalah satu cadangan yang bagus untuk membantu pekebun kecil dan sekiranya perkara itu dapat menambahkan permintaan getah dan menjadikan harga bahan komoditi itu meningkat pihaknya amat mengalu-alukan.

“Diharapkan rubber road cadangan kerajaan itu dapat percepatkan sikit pelaksanaannya. Kalau harga getah dapat dinaikkan sehingga RM4 sekilogram pasti ramai penoreh berebut-rebut untuk menoreh getah kerana mereka (penoreh) kurang bersemangat rentetan daripada harga getah kini sekitar RM2.90,” katanya.

Dalam belanjawan 2023, kerajaan bersetuju menaikkan sumbangan musim tengkujuh pekebun kecil daripada RM600 kepada RM800 untuk tempoh empat bulan bagi meringankan beban ditanggung 320,000 golongan itu, membabitkan peruntukan RM256 juta. – BERNAMA




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo