NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Pinjaman bersandar KWSP, tetap kena bayar ansuran bulanan'



KUALA LUMPUR: Pencarum yang layak mendapatkan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) masih perlu membuat pembayaran semula setiap bulan, bergantung kepada jumlah pembiayaan dalam tempoh yang dipilih.

Menurut sumber KWSP, kemudahan pembiayaan berkenaan disasarkan kepada ahli yang mempunyai pendapatan.

"Ahli masih perlu membuat bayaran semula setiap bulan dan kerana itu kemudahan ini disasarkan buat ahli yang mempunyai pendapatan," katanya ketika dihubungi Harian Metro melalui aplikasi WhatsApp.

Menurutnya, segala proses permohonan untuk pembiayaan peribadi itu adalah tertakluk kepada penilaian bank.

"Ia juga bergantung kepada rangka kerja kredit pihak bank.

"KWSP tidak tentukan jumlah pembiayaan atau kadar faedah yang dikenakan ke atas pembiayaan peribadi ini," katanya.

Semalam KWSP mengumumkan kemudahan FSA2 bermula 7 April ini bagi ahli yang mempunyai baki minimum RM3,000 dalam Akaun 2 masing-masing.

FSA2 akan dijalankan dalam dua fasa dan ahli yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon melalui bank yang mengambil bahagian iaitu MBSB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Sementara itu, MBSB Bank dan BSN ketika dihubungi hari ini memaklumkan akan mengeluarkan perincian berkaitan kemudahan berkenaan sebelum 7 April ini.


Sumber | BH Online




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo