Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata, faktor pelaris kempen pilihan raya PH-BN ialah sokongan awam kepada perdana menteri. |
Beliau berharap Putrajaya akan memperkenalkan lebih banyak dasar bagus disasarkan pada enam negeri yang akan mengadakan PRN, seperti projek baharu dan kelulusan.
“Ini bagi memberi harapan kepada pengundi bahawa kerajaan ini mampu mengharungi cabaran dan krisis. Dan untuk memberi harapan kepada negara untuk terus maju,” katanya pada sidang media di sini.
Chow, yang juga pengerusi DAP negeri dan ketua menteri berkata, kemenangan besar DAP tanpa rakan kongsi akan menyebabkan kerajaan negeri baharu dilabel sebagai kerajaan bukan Melayu, berbanding pembangkang yang didominasi anggota Melayu-Islam.
Keadaan sedemikian adalah “sesuatu yang tidak mahu kita lihat di negara ini”, katanya.
Dalam DUN semasa, PH memegang 33 daripada 40 kerusi, melalui DAP (19), PKR (12) dan Amanah (2). BN memegang dua kerusi melalui Umno.
Satu-satunya ahli pembangkang adalah daripada PAS, anggota Perikatan Nasional (PN). Empat kerusi diisytiharkan kosong.
Chow berkata, PH mewakili semua lapisan masyarakat dan agama. Gabungan itu dan rakan kongsinya “perlu memenangi semua kerusi itu juga”, katanya merujuk kepada 15 kerusi DUN majoriti Melayu di Seberang Perai yang dianggap “tidak selamat”, berdepan pengaruh PN yang semakin besar.
Beliau ditanya sama ada PH akan menerima kehilangan kerusi-kerusi itu, kerana gabungan pemerintah dijangka memperoleh kemenangan menyeluruh yang selesa pada pilihan raya.
Beliau juga ditanya sama ada prestasi PH dan BN pada PRU lepas menjadi petunjuk yang cukup baik bahawa 15 kerusi tidak selamat itu boleh dimenangi dengan mudah, kerana undi gabungan kedua-dua gabungan itu lebih banyak daripada undi diperoleh PN.
Chow berkata, PH akan bersandar pada prestasi kukuhnya dalam PRU November lepas, dan atas dasar bagus yang diumumkan oleh kerajaan perpaduan pimpinan Anwar.
Beliau berkata, “Anwar telah membuat banyak keputusan yang bagus” dalam tempoh lima bulan sejak PRU, dan tinjauan pendapat terkini menunjukkan dua pertiga daripada responden merasakan gabungan itu berada di landasan yang tepat.
“Tinjauan pendapat menunjukkan perdana menteri dan PH telah dapat memenangi lebih banyak sokongan” dan Chow percaya “faktor perasaan gembira” mengenai kedudukan negara di landasan yang tepat akan bertahan untuk dua hingga tiga bulan akan datang, sehingga PRN.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment