KUALA LUMPUR - Dua petisyen dilancarkan berhubung Pengampunan Diraja untuk membebas dan melepaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Petisyen berkenaan dilancarkan di platform change.org. itu adalah "Petisyen kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong: Najib Tidak Wajar Diampunkan" digerakkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dan "Bebaskan Najib Razak Melalui Pengampunan Diraja" digerakkan individu bernama Ariff Lias.
Tinjauan Awani ke laman berkenaan sehingga jam 11 pagi menunjukkan "Petisyen kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong: Najib Tidak Wajar Diampunkan" mendapat jumlah tandatangan terbanyak iaitu 135,643.
Ia sekali gus menghampiri sasaran sebanyak 150,000 tandatangan diraih sejak dilancarkan pada Sabtu.
Sementara itu, petisyen "Bebaskan Najib Razak Melalui Pengampunan Diraja" hanya mencatatkan 7,743 dengan sasaran sebanyak 10,000 tandatangan.
Kedua-dua petisyen memberi penjelasan tersendiri berhubung Pengampuan Diraja berkenaan.
Antara isu yang disentuh dalam pestisyen yang membantah pengampunan itu adalah berhubung kesan rasuah yang memberi kesengsaraan dan perasaan malu bagi rakyat.
Sementara bagi petisyen menyokong, isu yang diketengahkan adalah berhubung dakwaan ketidakadilan perbicaraan serta kepincangan sistem kehakiman dalam kes SRC dihadapi Najib. - Awani
Perasuah wajar dihukum mati, apatah lagi jika mendatangkan kemudaratan pada negara, sewajarnya hukuman berat agar tiada lagi perasuah yg akn menjahanamkan negara, mungkin negara akn terjajah akibat hutang, keadilan untuk semua jika siperasuah diampun, bagaimana rakyat marhaen yg rasuah, yg mencuri, yg merompak pun diampunkan jgk malah lebih wajar tidak mendatangkan mudarat pada negara pun..
ReplyDeleteKalau dah buat salah boleh diampunkan, ini bermakna rakyat digalakkan pergi merompak, rasuah, rogol, mencuri sebab sesiapa pun boleh mohon minta ampun?
ReplyDeleteKalau senang saja diampunkan, tak perlu ada lagi makamah sebab bukan dakwaan akhir, semua keputusan hanya diambil oleh Agung sudah.
ReplyDelete