NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pergerakan kenderaan skala tiga hingga empat di Gua Musang

Muhamad Zaki semasa ditemui pada majlis pengurniaan sumbangan Yayasan Sultan Kelantan Darulnaim di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, Kota Bharu pada Selasa.


KOTA BHARU - Pergerakan kenderaan masuk ke Kelantan khususnya di Gua Musang sempena Aidilfitri dijangka berada pada skala tiga hingga empat atau kelajuan bawah 50 kilometer sejam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, sebelum ini keadaan lalu lintas di Gua Musang berada pada skala satu hingga dua sahaja.

"Tahun ini berada di skala tiga hingga empat. Bagaimanapun, skala itu akan berubah kepada satu hingga dua sebaik sahaja memasuki Kuala Krai dan daerah seterusnya," katanya kepada pemberita semasa ditemui pada majlis pengurniaan sumbangan Yayasan Sultan Kelantan Darulnaim di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, pada Selasa.

Menurut beliau, pengguna jalan raya juga dinasihatkan agar mengamalkan sikap toleransi termasuk mematuhi peraturan lalu lintas ketika pulang ke kampung sempena musim perayaan ini.

Ujarnya, sikap serta perilaku pemandu sangat penting ketika berada di jalan raya bagi memastikan keselamatan diri, keluarga dan pengguna jalan raya yang lain.


Sumber I Sinar Harian





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo