NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penyertaan Annuar Musa memang sudah lama dijangkakan



Pemimpin Umno Mohd Puad Zarkashi menyindir Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendakwa akan terdapat kejutan melalui penyertaan bekas pemimpin Umno ke dalam PAS.

“Kalau setakat Annuar Musa, memang sudah lama dijangkakan,” kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Puad Zarkashi.

Jelasnya adalah lumrah bagi bekas pemimpin Umno "cari makan" dengan menyertai parti lain selepas dipecat ataupun keluar parti.

"Tuan Ibrahim kata, ada kejutan kerana bekas pemimpin Umno akan sertai PAS. Itu bukan kejutan. Kalau dah namanya bekas pemimpin, dia akan ke mana sahaja. Cari makan.

"Isu pemimpin Umno melompat parti bukan baru. Umno tidak pernah terkejut. Ada yang berkedudukan tinggi melompat parti bila parti hilang kuasa," katanya dalam hantaran di Facebooknya, hari ini.

Semalam, Tuan Ibrahim yang juga timbalan presiden PAS dilaporkan berkata beberapa bekas nama besar Umno akan menyertai Perikatan Nasional (PN) menjelang pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.

Tindakan itu bagi melebarkan penguasaan PN di negeri Pakatan Harapan (PH), iaitu Selangor, Negeri Sembilan, dan Pulau Pinang, selain mengekalkan negeri dikuasai mereka – Kedah, Kelantan, dan Terengganu.

Sebelum ini, Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar juga juga berkata beberapa pemimpin yang kecewa dengan kepimpinan parti mereka akan menyertai PAS dalam masa terdekat.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan Annuar, bekas setiausaha agung Umno, bakal menyertai PAS dalam masa terdekat.

Mengulas lanjut, Mohd Puad berkata bekas pemimpin Umno seperti Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin juga pernah lompat parti.

"Tun M pun melompat parti. Muhyiddin pun dua kali lima. Kalau setakat Annuar Musa, memang sudah lama dijangkakan. 

"Mereka mungkin dapat jawatan menteri jika PN kembali memerintah. Tetapi jawatan itu tidak kekal. Yang kekal ialah gelaran 'katak'. Itu kekal selama lamanya. Jadi katak bukan kejutan," katanya.


Sumber I Malaysiakini 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo