NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pembantu Sivakumar digantung tugas, 2 yang lain kembali bekerja

Menteri Sumber Manusia V Sivakumar turut dipanggil SPRM untuk memberi kenyataan minggu lepas berhubung siasatan yang juga membabitkan pembantunya. (Gambar Bernama)



PETALING JAYA: Seorang pembantu Menteri Sumber Manusia V Sivakumar digantung tugas manakala dua lagi kembali bekerja selepas mereka ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan atas pengambilan pekerja asing.

Sumber memberitahu FMT, pembantu yang digantung tugas itu dibayar gaji oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan penggantungan tugasnya dibuat mengikut prosedur.

Sumber lain mengesahkan bahawa dua pembantu yang lain telah kembali bekerja.

“Pegawai pertama yang ditahan masih belum kembali (bekerja),” kata sumber itu kepada FMT.

Ketiga-tiga pembantu menteri itu ditahan seminggu lepas, sehingga Isnin, apabila tempoh reman tamat.

Semakan FMT di laman web kementerian menunjukkan nama tiga pembantu kembali disenaraikan sebagai kakitangan selepas dikeluarkan pada 16 April.

Sivakumar turut dipanggil SPRM untuk memberi kenyataan minggu lepas. Beliau berkata pada masa itu, beliau bukan suspek dalam kes itu.

FMT telah menghubungi pejabat Sivakumar dan Perkeso untuk mendapatkan komen.


Sumber I FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo