NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemain Muslim di Ligue 1 tidak dibenarkan berbuka puasa ketika perlawanan



Ketika bulan Ramadan ini, terdapat penganjur liga bola sepak dunia yang begitu peka dan menghormati amalan berpuasa yang dilakukan oleh umat Islam dengan memastikan masa diberhentikan seketika ketika perlawanan berlangsung untuk memberi laluan kepada pemain yang berpuasa membuka puasa mereka.

Antara yang mengamalkan perkara itu adalah Liga Perdana Inggeris (EPL) yang mempunyai sejumlah pemain beragama Islam di situ seperti Mohamed Salah, Riyad Mahrez, Hakim Ziyech, Antonio Rudiger dan ramai lagi.

Namun, ada juga liga yang menguatkuasakan larangan supaya tiada pemberhentian masa dilakukan ketika perlawanan untuk memberi laluan kepada pemain beragama Islam berbuka.

Liga Perancis atau Ligue 1 merupakan liga ternama yang tidak membenarkan perkara itu selari dengan pendirian Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) yang tidak membenarkan campur tangan politik, agama, ideologi dan kesatuan mana-mana badan.

Ia menimbulkan kontroversi dari kalangan peminat serta pemain yang menganggap ia sebagai satu diskriminasi terhadap pemain yang beragama Islam.

Dilaporkan bahawa FFF telah memberi arahan kepada pengadil untuk tidak menghentikan permainan atas tujuan membenarkan pemain beragama Islam berbuka.

Ia agak ironi kerana dalam skuad kebangsaan Perancis sendiri, ramai sebenarnya pemain yang beragama Islam seperti Paul Pogba, Karim Benzema, Ousmane Dembele, N’Golo Kante dan ramai lagi.

Sepatutnya FFF lebih sensitif terhadap isu ini dan memberi pengiktirafan kepada pemain-pemain beragama Islam yang berkhidmat untuk negara itu dan pernah menghadiahkan Piala Dunia.

Bukanlah mahu meminta supaya perlawanan ditangguhkan untuk masa yang lama tetapi hanya seminit dua bagi memberi pemain beragama Islam mengisi perut mereka dengan makanan ringan dan air.

Selain daripada itu, pengurus Nantes, Antoine Kamboure mencipta kontroversi kerana menggugurkan pertahanan kirinya, Jaouen Hadjam daripada pasukan kerana ingkar larangan berpuasa pada hari perlawanan.

Ia jelas menunjukkan terdapat diskriminasi yang berlaku terhadap pemain beragama Islam yang berpuasa.

Lain pula apa yang berlaku di Serie A ketika perlawanan antara Fiorentina dan Inter Milan yang menyaksikan pemain Fiorentina, Luca Ranieri berpura-pura sakit supaya rakan sepasukannya, Sofyan Amrabat dapat berbuka seketika.

Tindakan itu mendapat pujian ramai pihak di media sosial kerana beliau dianggap sensitif dan menghormati rakannya yang sedang berpuasa itu.

Ini adalah contoh baik yang menunjukkan sikap toleransi terhadap agama lain diamalkan dalam bola sepak.

Diharapkan, tindakan yang dilakukan itu dapat memberi inspirasi buat lebih banyak pihak dalam membuktikan bahawa bola sepak adalah sukan yang bertolak ansur terhadap semua agama.


Sumber I Harimau Malaya




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo