NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemain bola sepak Liga Perancis dilarang berpuasa pada hari perlawanan



BANGI, Isnin – Pemain pertahanan Nantes, Jaouen Hadjam tidak dimasukkan dalam senarai 19 pemain utama skuad itu untuk berdepan Reims pada Ahad lalu selepas dia enggan menerima arahan tidak berpuasa pada hari perlawanan.

Menurut laporan Ouest-France di Perancis, pemain berusia 20 tahun itu diminta untuk tidak berpuasa pada hari perlawanan Ligue 1 oleh pengurus, Antoine Kombouare.

Kombouare sebelum ini lantang dengan pendiriannya untuk tidak membenarkan pemain beragama Islam berpuasa pada bulan Ramadan ini.

Pada tahun 2009 lalu, ketika membimbing Paris Saint-Germain, Kombouare menyuarakan perkara itu dalam satu siding media.

“Saya mempunyai peraturan yang mudah. Tidak ada masalah untuk para pemain berpuasa pada pertengahan minggu tetapi tidak pada hari perlawanan.

“Sesiapa yang berpuasa pada hari perlawanan, dia akan tinggal di rumah. Saya tidak mahu bertengkar dengan pemain atau meletakkan rakan sepasukan mereka dalam masalah. Apabila kamu tidak makan sepanjang hari, ia menjadi sangat sukar,” katanya.

Sementara itu, pengurus Nice, Didier Digard membuat perbandingan situasi bulan Ramadan dalam Liga Perdana Inggeris mendakwa, England lebih terbuka.

“England lebih terbuka berbanding kami berhubung perkara ini dan keputusan mereka tidak berubah.

“Kami memberi sokongan kepada mereka semampu yang boleh dan mereka sentiasa menilai tentang penghidratan makanan.

“Saya tidak pernah menyoal mereka. Kami menilai pemain berdasarkan persembahan, bukan sama ada mereka berpuasa atau sebaliknya,” katanya.

Bulan Ramadan bermula 23 Mac lalu selama sebulan, pemain-pemain di England dibenarkan untuk berbuka semasa perlawanan berlangsung. Mereka diberi masa untuk makan dan minum.

Pengadil di England diarahkan untuk mengenal pasti siapa pemain yang berpuasa sebelum sepak mula- dan bersetuju untuk menghentikan perlawanan pada masa yang sesuai. – AGENSI




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo