Kawasan menjadi pertikaian di Tanjung Bungah, Pulau Pinang, yang mana taman pesisir dijanjikan kepada penduduk pada 2018, namun belum ditunaikan. (Gambaran satelit dari Google Maps) |
Sebelum ini, Persatuan Penduduk Tanjung Bungah berkata, pusat kesihatan lima tingkat sedang dibina di kawasan ditambak sebagai penukaran kepada pemaju menanggung kos mewujudkan taman berkenaan.
Bagaimanapun, Zairil yang juga Adun Tanjung Bungah, berkata cadangan pusat kesihatan dilaksanakan di kawasan tanah milik persendirian.
Pemaju dikehendaki membina taman awam sebelum dibenarkan meneruskan projek berkenaan, katanya.
“Penduduk akan mendapat taman pesisir dan bagi negeri, kita tidak perlu berbelanja. Namun, syarat dikenakan adalah jelas dan taman itu diutamakan terlebih dulu,” katanya.
Zairil berkata, tiada pembangunan berlaku di tanah ditambak tersebut.
“Pemaju memiliki sebidang kecil tanah bersebelahan pembangunan One Tanjong, yang mana bukan sebahagian tanah ditambak. Tanah berkenaan merupakan hak milik mereka,” katanya.
Bulan lalu, presiden persatuan penduduk itu, Zulfikar Abdul Aziz, melakukan protes mendesak kerajaan negeri mengotakan janji membina taman awam di Tingkat Laut 1.
Katanya, ketua menteri ketika itu, Lim Guan Eng, sudah mengumumkan pada April 2018 bahawa kerajaan negeri akan membina taman hijau seluas 9,000 meter persegi, laluan, dan pentas konkrit terbuka di kawasan itu, namun janji itu belum dilunaskan selepas lima tahun.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment