Nasib DS Najib kembali menjadi bualan setelah permohonan dan rayuan beliau di tolak mahkamah. Keputusan mengekalkan hukuman penjara bukan hanya akan menjadikan DS Najib terus kekal di penjara tetapi juga menghalang beliau kembali memimpin UMNO yang kian nazak.
DS Najib masih punyai bisa dan pengaruh besar di kalangan ahli dan pemimpin UMNO. Walaupun DS Najib telah disabitkan kesalahan oleh mahkamah, beliau dilihat sebagai pemimpin berprinsip dan bertanggungjawab kerana meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila BN hilang kuasa dalam PRU 14. Ia jauh lebih baik dari Zahid Hamidi yang berterusan memimpin UMNO sekalipun prestasi parti itu terburuk dalam pru 15 dan sejarah sejak ditubuhkan disamping kes yang di hadapi di mahkamah.
Ahli dan pemimpin UMNO yang menyanjung Bosku itu mula kecewa dan sangsi dengan peranan Zahid Hamidi yang sepatutnya berusaha membebaskan DS Najib. Kenyataan Zahid sangat mengecewakan mereka. "Itu keputusan mahkamah" ulas Zahid ringkas yang meninmbulkan pelbagai prasangka dan mengukuhkan tanggapan yang pernah bertiup sebelum ini. Ada yang membuat tuduhan bahawa penahanan DS Najib adalah perancangan rapi zahid dan gurunya Anwar untuk menguasai UMNO. Mereka mengkambinghitamkan kerajaan PN. Tidak cukup dengan itu beberapa hakim cuba di persalahkan.
Kes DS Najib mula di bawa ke mahkamah hasil desakan pimpinan PH dan ianya dilaksanakan setelah kira kira dua bulan PH memerintah negara. Kali pertama kes itu di bacakan pada 4 Julai 2018 . Ini bermakna bahawa DS Najib dipenjarakan bukan atas usaha dan kerja kerajaan PN yang hanya di bentuk Mac 2020.
Ada kalangan pimpinan UMNO yang begitu taksub dengan DS Najib membongkar bahawa tujuan memasukkan Najib ke dalam penjara adalah untuk Zahid kuasai UMNO dan boleh membantu gurunya Anwar. Teori itu semakin di benarkan apabila ternyata Zahid berjaya menobatkan Anwar menjadi PM dengan pelbagai helah memanipulasi parti dan MP UMNO. Lebih mengesahkan prasangka ini ialah pembongkaran hubungan dan perancangan Zahid dan Anwar terutamanya audio selepas PAU.
Kini suara kecewa dan prasangka kepada Zahid kembali kencang. Ia mungkin akan membawa MP UMNO yang setia dengan Najib dan parti akan merubah kedudukan dan sokongan mereka daripada PH . Keadaan ini akan memperjudikan nasib PMX. Membebaskan Najib akan menyebabkan DS Najib kembali kuasai umno dan menghilangkan cengkaman Zahid.
Ada pihak melihat Zahid adalah proksi Anwar yang di semai dalam UMNO untuk mengembalikan Anwar memimpin UMNO. Walaupun teori itu tidak menjadi tetapi Anwar berjaya menggunakan Zahid dan UMNO untuk mencapai cita cita politiknya sebagai PM. Nasib UMNO...? Tidak penting bagi Zahid dan Anwar kerana nasib mereka lebih utama dari segalanya...
FHOAS
IPOH
030423
No comments
Post a Comment