NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Muda kecam tindakan polis gari, iring gadis dalam video tular

Ketua Biro Hak Asasi Muda, Dobby Chew berkata Akta Kanak-Kanak 2001 memperuntukkan peraturan yang jelas mengenai layanan terhadap pesalah juvana. (Gambar Utusan Malaysia)


PETALING JAYA: Muda mengecam tindakan polis berhubung layanan “tidak beretika” ke atas seorang remaja bawah umur yang didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh dengan seorang lelaki dan menggesa agar video pasangan itu dipadam di internet.

Ketua Biro Hak Asasi Manusia Muda, Dobby Chew mengkritik tindakan polis menggari gadis berusia 17 tahun yang dirakam dalam video tular berdurasi 23 saat kononnya menunjukkan dia dan seorang lelaki berusia 22 tahun lelaki terlibat dalam perbuatan seksual di dalam kereta.


Beliau berkata, Akta Kanak-Kanak 2001 memperuntukkan peraturan yang jelas mengenai layanan terhadap pesalah juvana.

“Seksyen 83A (1) secara jelas menyatakan seseorang kanak-kanak tidak boleh digari melainkan ia merupakan kesalahan melibatkan jenayah berat atau terdapat percubaan untuk menentang atau mengelak daripada ditangkap.

“Tidak ada petunjuk mengatakan kedua-dua mereka melakukan kesalahan besar atau membantah penahanan itu,” katanya kenyataan.

“Muda terkejut dengan penularan gambar dan imej grafik membabitkan remaja itu dan seorang remaja didakwa dirakam ketika melakukan perbuatan tidak senonoh dan imej mereka diiringi keluar dari trak polis dengan berpakaian reman dan bergari.”

“Adalah tidak beretika dan merosakkan imej polis mengiringi kedua-dua mereka dalam keadaan bergari serta berpakaian reman dan membenarkan gambar mereka dirakam, disebar dan dikongsi secara bebas.”

Chew menegur media melaporkan berita itu “tanpa mengambil kira kebajikan dan hak orang terlibat, terutamanya di bawah Akta Kanak-Kanak 2001”.

Katanya, media perlu memadam semua gambar remaja itu dan orang ramai harus berhenti berkongsi.

Beliau juga menyeru pengawal selia internet untuk segera mengeluarkan kandungan tersebut.

Aktivis belia politik itu menuntut jawapan daripada Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berhubung kelakuan mereka terlibat dalam penahanan remaja itu.

Katanya, sebarang perlanggaran peraturan oleh pegawai yang menahannya perlu dikenakan tindakan tegas.

Pasangan dari Johor Bahru itu ditahan reman dua hari bermula hari ini. Mereka ditahan di dua lokasi berasingan di sekitar Pasir Gudang semalam.

Sementara itu, Malaysiakini melaporkan Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching meminta Facebook dan TikTok memadam video itu.

“Saya tidak mempunyai pautan TikTok, jadi saya hanya diberitahu mereka melihat (video itu). Mereka memberitahu namun saya tidak menjumpai video sedemikian … mungkin ia telah padam,” Teo dilaporkan berkata.

Sehingga kini, identiti individu merakam dan berkongsi video itu masih tidak diketahui.


Sumber | FMT Malaysia








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo