NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mogok Doktor Kontrak: Kerajaan perlu selesaikan isu lambakan doktor - Dr Sharifa

Tegasnya bilangan jawatan tetap dalam kerajaan sangat sedikit dan ia ditentukan oleh JPA. - Gambar fail/ https://etunwired.et-edge.com/

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu melihat salah satu punca asal bagaimana isu doktor kontrak ini boleh tercetus, sebelum satu penyelesaian dapat diambil.
Menurut Pakar Perubatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh, pengeluaran doktor yang terlalu banyak dari institusi pendidikan swasta antara punca membawa kepada lambakan doktor.
Katanya, ia berkait dengan misi kerajaan terdahulu yang mahu menghasilkan lebih ramai graduan dalam bidang perubatan.
Namun ujarnya, impak daripada perkara itu menyebabkan graduan perubatan sukar diserap ke jawatan tetap susulan kuotanya yang tidak mencukupi.
“Dahulu, terlalu banyak pengeluaran doktor terutama dari insitusi pendidikan swasta sama ada dari dalam dan luar negara yang menyebabkan kita menghadapi lambangan doktor,
“Buat masa sekarang, lambakan doktor ini akan terus berlaku kerana mungkin ada salah perkiraan dalam ramalan terdahulu. Universti swasta dari dalam dan luar negara yang menawarkan pengajian kedoktoran ini menjadi sebab lambakan doktor apabila pelajar ini tamat pengajian. Maka, sehingga sekarang mereka tidak mampu diserapkan di dalam perkhidmatan tetap,” jelasnya.
Tegasnya bilangan jawatan tetap dalam kerajaan adalah sangat sedikit dan ditentukan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
“Isunya jawatan tetap dalam negara kita sangat-sangat sedikit dan ia ditentukan oleh JPA, salah satu sebab kita tak boleh memperbanyakkan jawatan ini adalah kerana bajet. Bajet 2023 yang lalu meletakkan kementerian sebagai bajet terbesar, tetapi adakah kita akan dapat menjadikan jawatan kontrak ini sebagai jawatan tetap? Tidak juga,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam diskusi 'Mogok Doktor Malaysia, Adakah Ini Jalan Terakhir?' pada Isnin.
Bermula hari ini sehingga Rabu, kumpulan doktor kontrak yang dikenali Mogok Doktor Malaysia tidak berganjak daripada keputusan untuk meneruskan mogok melibatkan 10,000 sehingga 13,000 petugas kesihatan awam.

Sumber I Astro Awani




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo