NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Minta maaf, saya tetap dengan pendapat itu – Janna Nick




PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi, Janna Nick tidak akan mengubah pandangannya berhubung isu work life balance biarpun mendapat kecaman dan kritikan segelintir warganet.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Janna berkata, dia tidak mempunyai masalah jika ada segelintir pihak tidak bersetuju dengan pendapatnya itu kerana setiap orang mempunyai pandangan tersendiri.

“Kadang-kadang bila berbual dengan kawan, orang luar takkan faham cara percakapan itu. Mungkin saya patut mengolah ayat dengan lebih baik supaya tiada yang salah faham terjadi.

“Saya okay sahaja jika ada yang tidak setuju dengan apa yang saya cakap. Masing-masing ada pendapat masing-masing.

“Kalau ada yang tidak setuju dengan kata-kata Saya dan rasa pendapat saya ini perlu diubah secara serta merta, saya minta maaf sebab saya akan tetap dengan pendapat saya,” ujarnya.

Terdahulu, nama Janna dan Amelia tular di media sosial apabila segelintir warganet mempersoal tindakan pelakon dan penyanyi itu dilihat seperti merendahkan golongan muda yang mahu keseimbangan kerja dan hidup.

Sementara itu, jelas Amelia, tindakan Janna yang tergelak selepas membangkitkan isu work life balance adalah kerana pelakon itu sedar kerja keras yang telah ditempuhi untuk mencapai kedudukannya sekarang.

“Bila anda datang daripada latar belakang yang mempunyai masalah kewangan, sebelum fikir tentang keseimbangan kerja dan hidup, anda fikir bagaimana nak cari makan untuk diri sendiri dan keluarga.

“Dari latar belakang kehidupan itu Janna hadir. Dia tak gelakkan sesiapa yang mahuwork life balance. Dia tahu kerja kerasnya selama ini. Semata-mata untuk hidup dengan seimbang,” katanya.-UTUSAN



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo