Pelajar diketuai Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) kedengaran mengikrarkan sokongan mereka kepada Sanusi dalam majlis itu.
Kemudian, mereka mengadakan sesi soal jawab dengan Sanusi selama lebih sejam mengenai Kedah dan hal berkaitan negara.
Bagaimanapun, Sanusi berkata beliau tidak terlibat dalam urusan atur cara program itu dan hanya hadir sebagai jemputan.
“Tak ada kaitan kedua-dua program itu jamuan raya diuruskan oleh mahasiswa, saya sediakan tempat dan makanan sahaja, atur cara dan kandungan mahasiswa atur sendiri, termasuk dikatakan ikrar tu.
“Saya pun tidak tahu ada ikrar, saya cuma bersedia untuk jawab soalan-soalan daripada mahasiswa selain daripada itu saya tidak tahu apa-apa, ” katanya ketika dihubungi FMT.
Dalam video itu, kedengaran pelajar diketuai Gamis melafazkan ikrar menyokong menteri besar. Mereka berkata: “Kami pelajar Kedah akan mempertahankan, dan menyatakan sokongan kami kepada MB Kedah. Takbir, takbir”.
Ia berlaku di Majlis Ramah Mesra Aidilfitri MB Kedah bersama Mahasiswa, yang diadakan di kediaman rasmi menteri besar di Seri Mentaloon.
Sebelum ini, Sanusi dalam kenyataannya mendakwa Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani Bersama PM di enam negeri dianggap sebagai kempen PRN dan tidak wajar diadakan.
Katanya, program itu melibatkan kos tinggi sedangkan kerajaan persekutuan sebelum ini menguar-uarkan supaya langkah penjimatan perlu dibuat semua pihak.
Sementara itu, Pengerusi Gamis Kedah, Mohamad Luqman Nurhakim Shamsudin, berkata ikrar berkenaan memang tiada dalam atur cara atau pengetahuan penganjur.
“Tapi dalam sesi ramah mesra menteri besar, ada beberapa mahasiswa tampil ke depan selepas dengar jawapan daripada persoalan diutarakan oleh mahasiswa kepada MB.
“Jadi ada mahasiswa tampil secara sukarela menyatakan sokongan pada MB melalui ikrar dan ajak semua hadirin turut sama melafazkan ikrar,” katanya.
Katanya, Sanusi sendiri juga tidak tahu mengenai ikrar itu.
Sumber I FMT MALAYSIA
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment