NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Malaysia kutuk serangan terhadap jemaah Palestin, pencerobohan Israel di Al-Aqsa



BANGI, Khamis – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan terbaharu terhadap jemaah Palestin dan pencerobohan ke dalam Masjid Al-Aqsa oleh tentera rejim Israel semalam.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, tindakan tentera Israel menyalahi undang-undang, menghina dan mencabuli hak asasi manusia Palestin serta mencemar kesucian tempat ketiga paling suci dalam Islam.

Katanya, sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin cedera dan ratusan yang lain telah ditahan.

“Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menggesa rejim Israel bertanggungjawab atas jenayah keji itu dan membebaskan semua tahanan Palestin dengan segera.

“Masyarakat antarabangsa harus menuntut rejim Israel menghentikan serta-merta sebarang tindakan provokasi demi kepentingan keamanan dan kestabilan,” kata Wisma Putra, pada Khamis.

Kenyataan itu turut menyebut, Malaysia akan terus berdiri dalam solidariti yang kuat dengan rakyat Palestin dan mengulangi status Al-Quds Al-Sharif sebagai tapak suci umat Islam.

“Malaysia berpegang teguh dengan pendiriannya yang telah lama dipegang bahawa rakyat Palestin berhak mendapat negara merdeka mereka berdasarkan sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya,” ujarnya.


Sumber | Tv Pertiwi



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo