NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mahkamah pulangkan pasport Syed Saddiq untuk sementara waktu



BANGI, Selasa – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengembalikan pasport milik Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk sementara waktu bagi membolehkan Ahli Parlimen Muar itu hadir ke beberapa persidangan antarabangsa bulan depan.

Syed Saddiq memohon pasportnya dikembalikan untuk menghadiri persidangan di Switzerland dan Korea Selatan pada bulan depan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azhar Abdul Hamid membenarkan permohonan itu selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan pada prosiding hari ini.

“Mahkamah membenarkan permohonan itu dan pasport perlu dipulangkan semula pada 20 Mei ini selepas Syed Saddiq pulang ke negara ini,” katanya.

Mengikut afidavit Syed Saddiq pada 11 April lalu, Ahli Parlimen Muar itu mahu ke Switzerland untuk menghadiri dan berucap pada persidangan dasar dadah antarabangsa.

Selain itu, bekas Presiden MUDA itu juga akan ke Korea Selatan bagi menghadiri dan berucap pada persidangan antarabangsa yang dianjurkan Centre for Asia Leadership iaitu Persidangan Kepimpinan Asia 2023.

Syed Saddiq diperintah membela diri terhadap empat pertuduhan, termasuk bersubahat dengan bekas Penolong Bendahari Armada BERSATU, Rafiq Hakim Razali yang diamanahkan dana RM1 juta dan melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu, selepas diperintahkan mahkamah pada 28 Oktober tahun lalu. – MALAYSIAGAZETTE



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo