Azlan, 65, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik kesemua pertuduhan tersebut dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Norsalha Hamzah.
Dia didakwa menggunakan dokumen mengandungi pernyataan palsu berkaitan kos bagi tiket penerbangan, hotel penginapan dan pengangkutan di London.
Dokumen tersebut didakwa digunakan bagi tuntutan kemudahan Cuti Seberang Laut yang diberikan kepada Menteri Besar Perlis, sedangkan tiada perjalanan yang dilakukan tertuduh.
Jumlah tuntutan dalam tempoh lima tahun mulai 2013 itu adalah RM230,230, RM216,260, RM241,295.40, RM253,195.40 dan RM244,079.30 bagi setiap perjalanan.
Kesalahan tersebut didakwa dilakukan tertuduh di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Kompleks Dewan Undangan Negeri di sini antara 2013 hingga 2017.
Pendakwaan terhadapnya dilakukan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda jumlah atau nilai butir matan yang palsu jika berbentuk wang atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi. – KOSMO! ONLINE.
No comments
Post a Comment