NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Liga Super : JDT menang tipis, Sabah FC ‘makan’ besar

PETALING JAYA – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan kesempurnaan pada kempen Liga Super musim ini selepas meraih kemenangan ke-9 dengan menewaskan Polis DiRaja Malaysia (PDRM FC) 1-0 sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium MB Petaling Jaya itu, skuad Harimau Selatan kendalian Esteban Solari mengekalkan kesebelasan terbaik dengan jentera serangan diketuai trio berbisa seperti Bergson Da Silva, Arif Aiman Hanapi dan Fernando Forestieri.

Skuad JDT dilihat agak bergelut dengan pasukan tuan rumah mempamerkan corak bertahan sepanjang perlawanan dengan penjaga gol dilihat cemerlang menafikan beberapa percubaan awal skuad pelawat.

Namun, kerja keras JDT akhirnya berhasil apabila Forestieri meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-61 untuk memastikan pasukan melebarkan cengkaman pendahulu Liga Super dengan mengutip 27 mata selepas mengharungi sembilan perlawanan.

Sementara itu, di Stadium Likas, Kota Kinabalu, pasukan Sabah FC tidak memberi belas ihsan apabila mudah menewaskan Kelantan FC 6-1 untuk kembali berada di landasan kemenangan.

Gol-gol pasukan The Rhinos disumbangkan oleh Daniel Ting pada minit ke-4 dan ke-11, Dominic Tan (m-48), Baddrol Bakhtiar (m-61), Stuart Wilkin (m-75) dan Telmo Castanheira apda masa kecederaan.

Sementara itu, jaringan saguhati skuad The Red Warriors dilakukan oleh pemain import, Miguel Cifuentes pada minit ke-46.

Keputusan tersebut menyaksikan Sabah FC kini meraih 17 mata manakala Kelantan FC kekal dengan empat mata selepas mengharungi sembilan perlawanan. – KOSMO! ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo