BANGI, Jumaat – Lidah manusia lebih panjang daripada akalnya.
Demikian pendapat Presiden BERJASA, Ustaz Zamani Ibrahim ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim yang mendakwa orang Melayu bersifat angkuh.
Menerusi kandungan video yang dimuat naik di Facebook, beliau berpendapat bahawa orang Melayu yang didakwa memiliki sikap angkuh dan terlalu selesa sehinggakan tidak mahu bergaul dengan kaum lain hanyalah persepsi Anwar semata-mata.
“Saya tidak bersetuju untuk mengatakan kaum Melayu angkuh.
“Kalau kita tengok dalam sistem pendidikan di negara ini, kita telah menyediakan sistem pendidikan kebangsaan yang menerima semua kaum untuk duduk dalam sistem yang sama tidak kira Melayu, Cina, India.
“Malah, semua bangsa pun boleh duduk dalam satu sistem yang sama bagi melahirkan satu generasi yang sama aliran.”
Ustaz Zamani juga mempersoalkan kengapa masih wujud sekolah-sekolah yang berlainan di negara ini.
“Namun, apa yang berlaku hari ini?
“Terdapat sekolah venakular, ada juga Sekolah Jeni Kebangsaan (SJK) Tamil dan ada juga SJK Cina yang masih wujud lagi pada hari ini,” katanya.
Beliau menambah, orang-orang Melayu tidak pernah mempertikaikan sumbangan kerajaan dalam memberikan peruntukan untuk sekolah-sekolah tersebut.
Katanya, kebanyakan orang-orang kaya di Malaysia bukan terdiri orang Melayu tetapi orang Cina yang berada dalam senarai 10 terkaya di Malaysia.
“Siapa yang paling kaya di Malaysia?
“Orang Melayu ataupun orang bukan Melayu yang paling kaya.
“Malah ada tak dalam senarai 10 orang terkaya di Malaysia ini ada orang Melayu,” katanya.
Beliau turut menyuarakan kebimbangan dan menggambarkan ini sebagai satu bentuk kemarahan Perdana Menteri kerana pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, orang Melayu tidak mengundi PKR serta DAP.
Sumber | Tv Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment