NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Konsep Rahmah diperkenal Mahathir, bukan Anwar, dakwa GTA

Gagasan Rahmah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada suatu majlis di Sabah pada 16 Feb 2020, kata GTA.



PETALING JAYA: Gerakan Tanah Air (GTA) mendakwa konsep Rahmah yang digambarkan sebagai idea asal Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebenarnya hasil cetusan Dr Mahathir Mohamad ketika mentadbir kerajaan Pakatan Harapan yang lalu.

Timbalan Ketua Penerangan Mahdzir Ibrahim berkata Gagasan Rahmah diperkenalkan oleh Mahathir dan disebut dalam ucapan perasmian Tilawah dan Hafazan Al-Quran peringkat kebangsaan di Kota Kinabalu, Sabah pada 16 Feb 2020.

Dalam ucapan itu, katanya, Mahathir menjelaskan mengenai Gagasan Rahmah yang menjadi dasar kepada pentadbiran Islam Model Malaysia.

Jadi, menggambarkan Rahmah sebagai idea Anwar “kesilapan yang menjolok mata, malah ia jatuh ke tahap pembohongan intelektual yang melampau dan tidak tahu malu,” katanya di Facebook.

Tambahnya, Gagasan Rahmah diikat dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang selari dengan Pelan Anti Rasuah Nasional 2019-2023 sebagai pemacu kepada agenda kerajaan yang lebih besar dan terancang.

“Gagasan Rahmah tidak memerlukan Menu Rahmah, Simen Rahmah, Tol Rahmah, dan sebagainya. Gagasan Rahmah dalam konteks perlaksanaannya suatu pendekatan sistem pentadbiran yang lebih bermaruah dan manusiawi.

“Namun, apabila Gagasan Rahmah ini sampai ke tangan Madani, ia menjadi seperti idea 1Malaysia hingga pelekat, poster, ayat, dan segala benda dirahmahkan,” katanya.

Sambil itu, Mahdzir berkata, beliau berharap naratif Rahmah dikembalikan kepada fungsi asalnya.

12 Januari lalu, Anwar dalam ucapannya menekankan pendekatan berkonsepkan rahmah dalam semua program kerajaan perpaduan yang mengutamakan kebajikan golongan miskin terutamanya miskin tegar.

Pendekatan ini dimulakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang memperkenalkan Payung Rahmah bagi mengurangkan beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah dan miskin tegar.


Sumber I  FMT Malaysia






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo