PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno membidas Lim Kit Siang yang mendakwa kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim akan runtuh sekiranya Najib Razak diberi pengampunan diraja.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Puad Zarkashi sebaliknya berkata pemimpin veteran DAP itu khuatir pembebasan Najib akan mengukuhkan Umno dan memberi ancaman kepada PH dan Anwar.
“Mereka takut jika Najib bebas. Dia ancaman kepada PH dan Anwar. Mereka takut, Umno tambah kuat melalui gabungan Najib-Zahid,” kata Puad di Facebook.
Terdahulu, ketika berucap di pada majlis pemukiman DAP Kuching di Lundu, Sarawak, Lim memberi amaran kerajaan Anwar akan runtuh sekiranya Najib yang juga bekas presiden Umno diberi pengampunan diraja.
“Saya fikir menjadi satu kesilapan untuk percaya bahawa Umno hanya boleh kembali ke zaman kegemilangannya jika Najib diampunkan.
“Sebaliknya, saya percaya pengampunan Najib sekarang tidak akan menguntungkan Umno sama sekali sebaliknya hanya akan menguntungkan PAS dan Bersatu, selain menyebabkan keruntuhan kerajaan perpaduan Anwar,” kata Lim.
Kenyataan Lim menyusul selepas Hassan Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang dari PKR sebelum ini berkata kerajaan Anwar akan berdepan masalah besar jika Najib diberi pengampunan diraja.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Azalina Othman Said baru-baru ini berkata proses pengampunan untuk Najib kini tidak lagi melibatkan prosedur undang-undang, sebaliknya terserah kepada budi bicara Yang di-Pertuan Agong sepenuhnya.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment