NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kit Siang: Raja Desak DAP Yang Kini Menghilang

Kit Siang: Raja Desak DAP Yang Kini Menghilang 

1. Setiap kali Lim Kit Siang dapati terdapat apa-apa skandal melibatkan pemimpin UMNO, kenyataan media yang selalu dikeluarkan oleh Lim Kit Siang adalah desakan meletakkan jawatan.

2. Baru-baru ini SPRM telah menahan beberapa pembantu kanan Menteri Sumber Manusia YB V.Sivakumar dari DAP atas skandal pengambilan pekerja asing. 

3. Sejak skandal ini terbongkar, tiada sebarang kenyataan dari mana-mana pemimpin DAP. Tiada sebarang kenyataan dari Lim Kit Siang, Raja Desak DAP.

4. Persoalan yang timbul adalah kenapa Lim Kit Siang atau DAP senyap dan tidak mengambil langkah mendesak V.Sivakumar untuk meletakkan jawatan?

5. Tindakan DAP tidak mendesak V.Sivakumar meletakkan jawatan sangat mencurigakan dan menimbulkan tanda tanya dikalangan rakyat Malaysia. 

6. Apa yang pasti DAP kini boleh menyertai whatsapp group kluster mahkamah. 

Terima Kasih
Nurul Islam Mohamed Yusoff

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo