NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan Madani BN-PH cakap tidak serupa bikin,tiada ketegasan dalam perangi rasuah.

1. Pada Januari 2022, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pernah mendesak Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Pengerusi Panel Perundingan & Pencegahan Rasuah (PPPR), Tan Sri Borhan Dolah direhatkan sehingga siasatan dakwaan pemilikan saham Tan Sri Azam Baki selesai. Walaupun kedua-dua mereka bukanlah suspek, namun disebabkan kedudukan mereka dalam agensi berkaitan SPRM menyebabkan terdapat konflik kepentingan sehingga PH mendakwa mereka enggan mengambil tindakan terhadap Tan Sri Azam Baki.

2. Hari ini siasatan SPRM terhadap kes rasuah berkaitan imbuhan kelulusan pekerja asing semakin banyak melibatkan Menteri Sumber Manusia dari PH tetapi YB Menteri tidak direhatkan. YAB PM sewajarnya merehatkan Menteri Sumber Manusia selari dengan tindakan desakan Majlis Presiden PH terhadap kes Tan Sri Azam Baki pada 2022. 
Tindakan ini penting untuk memastikan SPRM dapat menjalankan tugas dengan bebas dan tanpa tekanan serta campur tangan pihak berkepentingan yang memiliki kuasa.

3. Antara tatakelola baik yang diamalkan dalam dunia korporat dan industri adalah dengan memberikan Garden Leave bagi merehatkan pegawai yang berkenaan bagi melindungi kepentingan perniagaan dan juga reputasi baik sesebuah organisasi.

4. PN menggesa YAB PM dan Majlis Presiden PH menunjukkan tauladan yang baik serta mengotakan janji mereka kepada masyarakat bila orang mereka sendiri disiasat. Rakyat Malaysia making matang dan dengan jelas melihat sikap “double standard” kerajaan sekarang terutamanya pemimpin PH.

5. Untuk rujukan, pada 14 April 1999 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam tahun penjara ke atas DS Anwar, setelah disabitkan atas empat kesalahan berhubung penyalahgunaan kuasa campur tangan dalam siasatan polis terhadap dakwaan salah laku seksual. Rakyat tidak mahu lagi melihat kes sebegini berulang di dalam kerajaan.

YB IR TS KHAIRIL NIZAM KHAIRUDIN
Ketua Penerangan PAS PUSAT
Ahli Parlimen Jerantut 
27 April 2023/6 Syawal 1444

Sumber: 


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo