NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kecuali tomato, KPDN jamin tiada kenaikan harga melampau barang menjelang Aidilfitri

Salahuddin (dua dari kanan) menyampaikan bubur lambuk kepada peniaga yang menjual Menu Rahmah di Bazar Ramadan Rahmah Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.


KOTA BHARU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan tiada kenaikan harga barangan akan berlaku menjelang sambutan Aidilfitri ini.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, jika berlaku kenaikan orang ramai boleh membuat aduan terus kepada KPDN dan peniaga tersebut akan diambil tindakan tegas.

"Semak betul-betul, sekiranya berlaku kenaikan dan ada peniaga yang menjual pada harga yang melampau, sila adukan segera.

"Tapi saya hendak spesifik, kalau ikan...ikan apa? Contoh kembung, kalau premium kita tidak kawal. Hanya yang sedang kita kawal pada harga RM15 hingga RM16 satu kilogram," katanya dalam sidang media pada Ahad.

Sebelum itu beliau turun padang mengadakan lawatan di Bazar Ramadan Rahmah Stadium Sultan Muhammad IV di sini.

Salahuddin berkata, hasil pemantauan yang dilakukan selama dua hari mendapati harga barangan tidak mengalami kenaikan.

Menurutnya, harga sayur turun kecuali tomato yang dijual pada harga RM6 sekilogram, namun ia tidak akan mencecah RM10.

Ujarnya, pihak KPDN akan membuat kawalan kerana bimbang cuaca hujan di Cameron Highlands akan menjejaskan harga tomato.

"Nasihat saya kepada pembeli, jangan panik. Bekalan cukup dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan memberi jaminan semua bekalan seperti telur ayam, sayur, ayam, cukup," katanya.


Sumber I Sinar Harian









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo