BANGI, Selasa – Saban tahun, kes kecelakaan dan kemalangan melibatkan bunga api dan mercun pasti berlaku meskipun penjualan diharamkan sebelum ini.
Namun, tindakan kerajaan membenarkan penjualan mercun dan bunga api bakal meningkatkan lagi kes kecederaan yang berisiko mengundang maut.
Naib Presiden BERJASA, Insenior Teknologis Lukman Al-Hakim berkata, tindakan ini seolah-solah mahu membunuh rakyat demi kepentingan ekonomi semata-mata.
“Tindakan kerajaan Malaysia untuk menghalalkan kembali penjualan mercun dan bunga api terbukti kerajaan ingin membunuh rakyat demi kepentingan ekonomi memungut cukai yang mendapatkan keuntungan material semata-mata.
“Sudah berpuluh tahun kita telah hidup dengan undang-undang pengharaman penjualan mercun sebelum ini. Itu pun telah membunuh dan mencacatkan ramai rakyat.”
“Kita lihat insiden kebakaran kilang mercun dan bunga api menyebabkan kerugian harta benda bernilai jutaan ringgit. Kenapa hari ini tanpa didesak oleh rakyat tanpa diminta sesiapa kerajaan ingin membenarkan kembali penjualan benda-benda yang merosakan dan membunuh ini,” ujarnya.
Jelas Lukman, walaupun kerajaan akan mengeluarkan garis panduan penjualan barang berbahaya itu, tetapi ia diyakini tetap akan berlaku kecelakaan sepertimana yang terjadi sebelum ini.
Malah katanya, dijangka berlaku penyeludupan mercun dan bunga api dari luar negara, rasuah serta kartel yang didominasi golongan elit ekonomi.
Tegasnya, ini akan merudumkan dan menyebabkan negara kembali ke satu takuk yang terkebelakang.
“Jika kerajaan terus dengan keputusan ini untuk membenarkan penjualan bunga api dan mercun kita boleh buat kesimpulan bahawa kerajaan campuran pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah kerajaan rakyat bukanlah kerajaan yang mengutamakan keselamatan, keutamaan, kemahuan suara rakyat,
“Tetapi kerajaan yang berlidah bercabang kerajaan yang cakap tak serupa bikin kerajaan yang hipokrit yang retorik dan hanya mementingkan keutamaan dan kemajuan serta penjanaan ekonomi semata-mata itu pun belum terjamin terlaksana.”
Justeru katanya, kerajaan patut mengambil kira keselamatan dan nyawa rakyat sebagai keutamaan yang utama bukan kutipan cukai untuk mengembangkan ekonomi.
Semalam, sebuah gerai mercun dan bunga api yang terbakar di Jalan Raja Bot, Chow Kit, Kuala Lumpur didapati tidak mempunyai lesen untuk menjalankan perniagaan.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Delhan Yahaya berkata, satu kertas siasatan telah dibuka terhadap insiden yang tular di media sosial itu dan individu terbabit telah dikenal pasti.
Dalam pada itu, turut tular video kejadian hampir sama iaitu sebuah kedai menjual mercun meletup di kawasan pentadbiran Balai Bahau, Negeri Sembilan pada 2018.
Selain itu, insiden ini turut mengimbau traged letupan kilang mercun di Sungai Buloh pada tahun 1991 yang mengorbankan 26 nyawa, manakala 83 orang lagi cedera parah.
Tragedi yang digelar ‘Hiroshima Sungai Buloh’ itu telah mengubah polisi undang-undang negara dengan mengharamkan penjualan dan permainan mercun sejak 1995.
Sumber | Tv Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment