NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Johor tetap tidak benarkan jual beli vape

Kerajaan Negeri Johor tetap dengan pendirian untuk tidak membenarkan sebarang urusan jual beli vape atau rokok elektronik di negeri berkenaan. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohd Jafni


JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor tetap dengan pendirian untuk tidak membenarkan sebarang urusan jual beli vape atau rokok elektronik di negeri berkenaan.

Menurut Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, keputusan berkenaan masih kekal sehingga ke hari ini selaras dengan keputusan hasil Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK), pada 2016 lalu.

“Di Johor ni memang kita larang jual beli vape ni, tapi saya tahu ada agensi yang buka walaupun dalam syarat lesen tertera tidak dibenarkan perniagaan rokok elektronik (vape), ini.

“Sebenarnya pada 1 Januari 2016, dalam mesyuarat MMK dah putuskan tidak dibenarkan menjual vape dan keputusan kerajaan negeri itu masih kekal sehingga ke hari ini.

“Sebab itu dalam syarat lesen, tertera tidak dibenarkan perniagaan rokok elektronik dan di peringkat PBT, boleh batalkan lesen (perniagaan),” katanya kepada pemberita ketika ditemui sempena program Singgah Sahur Kelab Media Johor, pada awal pagi Selasa.

Mohd Jafni berkata demikian bagi mengulas langkah kerajaan yang melaksanakan cukai dengan mewartakan duti eksais bagi cecair vape dengan kandungan nikotin pada kadar 40 sen setiap mililiter (ml) dalam usaha mengenakan cukai produk cecair atau gel yang mengandungi nikotin.

Sementara itu Mohd Jafni berkata, setakat ini, pihaknya masih belum menerima aduan mengenai penjualan vape di negeri ini.

“Setakat ini aduan tu tak ada, mungkin dia orang tak tahu benda tu (jual vape) salah sebab kelulusan itu pada tahun 2016.

“Bagaimanapun, di peringkat PBT, kita memang akan ambil tindakan batalkan lesen, bukan lesen vape itu sahaja tetapi tidak boleh beroperasi.

“Kita juga tunggu arahan di peringkat Kerajaan Persekutuanlah, kita pun tak dapat hitam puith pengharaman vape ni; namun kita masih guna dasar, keputusan yang sama pada 2016 lalu,” katanya.



Sumber I Sinar Harian

 

 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo