NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Jangan terpengaruh penetapan Aidilfitri negara lain'



Umat Islam di negara ini dinasihat supaya tidak terpengaruh dengan berita penetapan Aidilfitri di negara lain yang mendakwa 1 Syawal akan jatuh pada Jumaat, 21 April ini. 

Timbalan Mufti Perak Zamri Hashim berkata penetapan 1 Syawal di negara ini berdasarkan Ikmanur Rukyah (kebolehnampakan anak bulan Syawal) yang bergantung kepada cerapan yang akan dilakukan 20 April nanti. 

"Tiada isu sebenarnya pada tahun ini kerana menurut data yang diperoleh dan diukur, amat sukar untuk kita melihat anak bulan di tempat kita (Malaysia). 

"Namun, masyarakat terkesan dengan sumber-sumber dari negara luar yang sudah tentu ukuran anak bulannya berbeza-beza, umur bulan juga berbeza," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Pemberian Kelengkapan Baju Raya kepada Asnaf bersama Yayasan Ikhlas di sebuah pasar raya di Ipoh, Perak hari ini.

Sebanyak 29 lokasi di seluruh negara akan melaksanakan cerapan anak bulan untuk menentukan tarikh 1 Syawal pada 20 April ini.

Sebelum ini, terdapat kegusaran rakyat Malaysia terhadap berulangnya sejarah 'raya terkejut' seperti tahun lepas dan spekulasi 1 Syawal pada Jumaat 21 April ini tular menerusi media sosial akhir-akhir ini. 

Sementara itu, Zamri berkata umat Islam dinasihat menunggu pengisytiharan Majlis Raja-Raja pada malam 20 April dan bersatu hati meraikan 1 Syawal seperti diumumkan nanti. 

"Ikutlah apa yang ditetapkan oleh Majlis Raja-Raja iaitu pada malam ke-29 bagi pengumuman tersebut. Jangan panik kerana raya terkejut atau tidak, yang penting adalah kita mematuhi rukun dengan bertakbir dan melakukan solat sunat Aidilfitri. Kita tumpu hari raya sebagai ibadah.

“Kewajipan pemerintah adalah untuk melihat syiar Islam ditegakkan kerana kita perlu memastikan umat Islam bersatu padu. Kita tidak mahu berlaku seperti di negara lain yang tarikhnya berbeza- beza seperti pada sekitar tahun 80-an sehinggakan Majlis Raja-Raja telah membuat satu ketetapan standard agar dapat dipatuhi oleh semua umat islam di Malaysia,” katanya.

Bernama



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo