NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Harga tiket pulang Tawau cecah RM3,138 – Ka Wee Siong




BANGI, Ahad – Bekas menteri pengangkutan Wee Ka Siong meluahkan rasa kecewa berkaitan harga tiket penerbangan dari ibu negara ke Sabah yang melambung tinggi pada musim perayaan walaupun sektor penerbangan semakin pulih selepas pandemik Covid-19.

Beliau berkata, hasil semakan tambang sehala bagi laluan dari Kuala Lumpur ke Tawau menjelang Aidilfitri mencecah sehingga RM3,138 untuk kelas ekonomi.

“Ini amat mengejutkan dan mengecewakan orang ramai. Macam mana keluarga B40 dan M40 khususnya warga Tawau di perantauan nak balik beraya tahun ini?,” kata Ka Siong di Twitter. 

Tambah Ka Siong syarikat penerbangan tiada alasan untuk tidak menambah kekerapan penerbangan selagi ada kemampuan kerana tiada lagi sekatan had penumpang sebanyak 50 peratus ketika COVID-19 dikenakan.

Katanya, kekerapan penerbangan juga tidak lagi dikawal oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah atau Sarawak selain wujud syarikat penerbangan tambang murah baharu, MYAirline.

“Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) pun sudah meluluskan banyak penerbangan sama seperti zaman pra COVID-19. Dijangkakan jawapan standard kerajaan adalah dasar kerajaan tidak mengawal tambang penerbangan kerana mekanisme harga dinamik.

“Apa pun, tidak kira zaman siapa memerintah, acap kali Kementerian Pengangkutan menjawab sebegitu, rakyat sukar menerima jawapan standard terbabit. Kepada syarikat penerbangan, tolonglah rakyat,” katanya.

Katanya, beliau sendiri pernah dikritik teruk ketika menjawat jawatan Menteri Pengangkutan disebabkan harga penerbangan yang melambung.

Sumber I Tv Pertiwi


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo