NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Harga minyak masak tulen botol dikekalkan 8 April hingga 7 Mei depan




PUTRAJAYA – Harga minyak masak tulen kemasan botol kekal bagi tempoh mulai 8 April hingga 7 Mei 2023.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berkata, harga runcit maksimum ditetapkan adalah RM6. 90 bagi botol 1 kilogram (kg), RM13. 30 (2 kg), RM19.60 (3 kg) dan 30.90 (5 kg).

Menurutnya, secara umum, terdapat kenaikan harga minyak sawit mentah untuk bulan Mac berbanding bulan sebelumnya yang telah melepasi RM4,000 per tan metrik.

“Purata harga Minyak Sawit Mentah untuk bulan Mac 2023 adalah RM4,139 per tan matrik berbanding RM3,908 per tan matrik pada bulan Februari 2023.

“Kenaikan ini sekali gus akan menyebabkan berlakunya kenaikan harga runcit minyak masak tulen kemasan botol berdasarkan kepada konsep harga siling bergerak.

“Bagaimanapun, bagi mengelakkan bebanan kepada rakyat dan pengguna, kerajaan dan industri bersetuju untuk mengekalkan harga runcit minyak masak sawit tulen untuk tempoh 8 April 2023 hingga 7 Mei 2023,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, pengekalan harga runcit minyak masak sawit kemasan botol ini melibatkan pembayaran subsidi kepada pengilang-pengilang penapis secara tuntutan bayaran balik berdasarkan bilangan tuntutan sebenar.

“KPDN akan terus membantu rakyat meringankan beban kos sara hidup dan menangani isu kenaikan harga bagi memastikan sambutan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tidak terjejas,” jelasnya.

Dalam pada itu, KPDN berkata, mana-mana pihak yang menjual melebihi harga maksima boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti.

“KPDN akan meneruskan pemantauan disamping turut menggalakkan pengguna agar menjadi mata dan telinga kepada kerajaan untuk menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran harga runcit minyak masak,” katanya.- KOSMO! ONLINE



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo