NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Farid Kamil luang masa dengan anak di Masjid Negara

PETALING JAYA – Kerinduan pelakon dan pengarah, Farid Kamil terhadap permata hatinya terubat apabila berpeluang menghabiskan masa bersama anak sulung, Muhammad di Masjid Negara, semalam.

Selepas mendakwa tidak dapat bertemu dengan Muhammad dan Nur Aurora hampir sebulan selepas diminta isteri, Diana Danielle keluar dari kediaman mereka, akhirnya hasrat Farid termakbul.

“Dia puasa hari ini. Bagus Muhammad,” kata Farid menerusi rakaman video yang dikongsikan menerusi Insta Story, semalam.

Video berdurasi tidak sampai seminit itu menunjukkan kanak-kanak berusia 10 tahun itu sedang solat.

Sementara itu, dalam hantaran berikutnya pula menunjukkan mereka berada di sebuah ruangan lain sambil mengulang semula babak dalam filem Anwar: The Untold Story.

Muhammad dilihat seolah-olah melakonkan semula adegan dibawakan bapanya seperti dalam filem tersebut yang bakal ditayangkan pada 11 Mei depan.

Aktor berusia 42 tahun itu turut kedengaran melafazkan dialog yang cukup sinonim dengan watak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibawakannya.

“Jangan kita biarkan kezaliman dalam bentuk apa sekali pun. Jangan kita biarkan yang kaya bertambah kaya, yang miskin bertambah miskin.

“Muhammad, reformasi!” katanya sambil meminta putera kesayangannya itu melaungkan perkataan reformasi.

Sebelum ini, media melaporkan Farid mendakwa sudah 23 hari tidak dapat bertemu mahupun berhubung dengan dua anaknya.

Pada 20 Mac lalu, Diana yang juga aktres memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.

Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 32, selaku plaintif memfailkan permohonan tersebut pada 10 Mac lalu menerusi Tetuan Akberdin & Co.

Bagaimanapun, pada sebutan pertama permohonan cerai 28 Mac lalu, Farid enggan melafazkan talak.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Pasangan yang mendirikan rumah sejak 11 tahun lalu itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammadvdan Nur Aurora, lapan tahun. – KOSMO! ONLINE


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo