Pendaftaran kemasukan kanak-kanak Tahun Satu bagi kalendar akademik sesi 2024/2025 bermula pada 2 Mei hingga 30 Jun ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Pendaftaran kemasukan kanak-kanak Tahun Satu bagi kalendar akademik sesi 2024/2025 bermula pada 2 Mei hingga 30 Jun ini.
Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi hantaran di Facebook pada Selasa memaklumkan, pendaftaran secara dalam talian itu boleh dibuat melalui Modul Pengurusan Awam Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) di laman sesawang https://idme.moe.gov.my.
Menurut hantaran itu, kanak-kanak yang layak memohon adalah warga Malaysia yang lahir dari 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018.
Langkah-langkah pendaftaran turut dikongsikan dalam hantaran tersebut. - Bernama
No comments
Post a Comment