NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

CheguBard sekali lagi dedah salahguna kuasa Yayasan Selangor

Pada 30 Mac 2023 saya telah buat laporan SPRM mengenai kecurangan dalam penjualan tanah (aset) Yayasan Selangor (YS) di Bukit Tinggi, Kelang. Klik detail laporan https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=763851255104994&id=100044403794956&mibextid=Nif5oz

Tawaran dibuat oleh FAIRMORE REALTY (FR) SB kepada YS nilai RM11.7 juta tetapi Lembaga YS mesyuarat dan keluarkan tawaran pada syarikat lain IKATAN SEJAHTERA (IS) SB dengan nilai RM8.1 Namun bila sign jual beli YS sign dengan FR tapi dengan harga RM7.6

Sebahagian bayaran sudah diambil tetapi tak boleh selesai penjualan sebab aset perbadanan kena dapat kelulusan Menteri. Namun YS sedang hadapi masalah kewangan untuk tanggung kos operasi harian. Maka tanah yang dah dalam penjualan itu dicagarkan ke syarikat kewangan, CAPITAL BAY (CapBay) dengan YS ambil tunai RM6.5 juta. 

Sehingga hari ini penjualan tanah itu masih tersangkut. YS terpaksa bayar bunga tinggi setiap bulan. Nak bayar RM6.5 juta ke CapBay untuk tebus tanah bagi selesai penjualan tak mampu maka kena bayar bunga berterusan. FR pula telah kaveat tanah tersebut. 

Kami turut menjumpai pengurusan YS telah membawa usul menjual 7 aset ke Mesyuarat YS yang dipengerusi Menteri Besar. 7 aset bernilai sekitar RM50 juta yang dicadang dijual ialah ;
- 2 unit Rumah Kedai Puncak Ara
- Rumah Kedai Jalan Stesyen Klang
- unit kormersial di Semenyih central
- Rumah Kedai Taman Melawati, K.Selangor
- Unit kormersial Pasar Moden Rawang
- Kondominium di Universiti Tower.

Cadangan ini pernah dibantah (dilabel negatif)  oleh Jawatankuasa Kira - kira Wang Kerajaan (PAC) berkaitan Yayasan Selangor lampiran bil.35/2020.


Dalam kenyataan itu jelas beberapa fakta menipu. 

Para 4 konon YS dalam proses tuntutan pampasan tanah Bkt Tinggi kerana terlibat projek LRT3. Hakikat sebenar ialah kes libat projek LRT 3 di tanah itu dah selesai dan YS sudah ambil pampasan juga dah putus tidak akan ada pampasan tambahan. 

Pengurangan dari RM8.1 kepada RM7.6 kerana projek LRT3 tetapi bagaimana dengan pengurangan dari RM11.7 kepada RM8.1 ??

Item 5 kononya semua ikut proses, benda paling mudah. Pemilihan CapBay untuk dicagar tanah dapat pinjaman tidak dibentangkan dan ia diberi secara direct nego juga tidak melalui proses perolehan. Jelas FR juga tidak setuju sehingga kemudian keluar belanja untuk kaveat tanah tersebut kerana takut ditipu.

Item 7 YS tuntut cheGuBard minta maaf dan katanya sudah buat laporan polis. Respon saya jelas saya bercakap yang benar dan tak akan minta maaf. Malah YS ketika keluar kenyataan sudah lapor polis jelas menipu kerana tidak ada laporan ketika itu dibuat. 

Rakyat Selangor khususnya dan Malaysia amnya perlu ketahui dalam kenyataan YS dia akui dia terpaksa jual aset kerana untuk tanggung kos operasi. YS sedang alami krisis kewangan. 

Kini wajib ada desakan supaya SPRM  bertindak. Rakyat perlu desak YS yang dipengerusikan Menteri Besar Selangor hentikan usaha penjualan aset. 

Saya sedang dalam peringkat akhir untuk dedah punca masalah kewangan YS antaranya pembaziran pembayaran gaji melampau bila MB lantik kawannya sebagai Pengurus Besar yang kemudian menukar jawatan itu kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Pertukaran nama jawatan itu membawa kepada pertukaranngred gaji dan fasiliti yang libatkan tanggungan melampau kepada YS. Bukan itu sahaja malah turut melantik beberapa orang ke jawatan bergaji mewah dalam YS tanpa proses.

Kawan MB yang dilantik itu juga telah melantik perbagai konsultan dari luar yang tidak ikut proses, tidak layak dan membazir wang YS. Beberapa projek seperti projek naik taraf asrama juga dilihat ada kepincangan. 

Maka tidak hairan YS alami masalah kewangan. Selepas ini akan didedahkan bagaimana YS melantik konsultan tidak layak secara direct nego tanpa melalui proses.

SUK Selangor Royal Selangor IKRAM Selangor Sprm Selangor Azmin Ali Hilman Idham Hairi Ahmad Yunus Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo