NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Biden dijangka umum tanding semula minggu depan



GLOBAL l Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dilaporkan akan mengumumkan keputusan untuk bertanding semula pada minggu depan, lapor Xinhua.

Beberapa media di AS termasuk The Washington PostThe Associated Press dan Bloomberg, melaporkan berita itu pada Khamis.

Bagaimanapun, Rumah Putih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung laporan itu. 

Sebelum ini, Biden, 80, telah berulang kali menyuarakan hasratnya untuk bertanding semula,  namun pengumuman rasmi mengenainya belum dibuat sehingga kini.

Pilihan raya presiden AS 2024 dijadualkan pada 5 Nov 2024.

Bernama-Xinhua


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo