NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Berkawan dengan orang Melayu pun tidak, Ramasamy ‘terpaling pandai’ bercakap pasal sentimen orang Melayu




BANGI, Ahad –  Pandangan orang yang tidak memahami sentimen sebenar pengundi Melayu terhadap Perikatan Nasional (PN) tidak perlu dibincang.

Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata isu sama ada sokongan terhadap parti itu merosot atau tidak tidak sewajarnya berbangkit.

“Kalau orang yang bercakap berkawan dengan orang Melayu pun tidak, mana dia tahu sentimen dalam kalangan orang Melayu?

“Pandangan orang seperti itu tidak perlu diperbincangkan,” katanya kepada BH, hari ini.

Memberikan lapan faktor kemerosotan itu, Ramasamy berkata, gelombang hijau yang sinonim dengan PAS dan BERSATU mungkin hanya pengaruh sementara yang ‘tersejat’ dalam keadaan politik dan sosial semasa.

Katanya, DAP tentu berasa selesa dengan sokongan UMNO kepada mereka, namun PN akan tetap memberikan saingan.

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Muhammad Takiyuddin Ismail, berpandangan kenyataan Ramasamy hanya perang saraf yang menjelang PRN.

“Saya tidak pasti mengapa beliau beriya-iya mengeluarkan ‘lapan dalil’ ini.

“Sebagai bekas saintis politik, beliau patut lebih tahu yang politik Malaysia semakin sukar diramal sejak sedekad lalu.

“Justeru, meramalkan sesuatu seperti kemerosotan PN adalah tidak berasas kerana tiada sesiapa boleh mengetahui atau melihat arus di bawahnya,” katanya

Beliau tidak yakin pengaruh PN sudah merosot, malah ada kemungkinan ia bertambah kuat kerana sentimen ketidakpuasan berganda terhadap UMNO-PH yang kini semacam ‘membuli’ gabungan itu.

“Kerap kali pengundi menyokong PN bukan kerana menyokong BERSATU atau PAS tetapi lebih kepada tidak sukakan PH atau UMNO.

“Ramasamy perlu lebih berhati-hati dengan mendakwa PN menggunakan sentimen agama dan perkauman melampau kerana menepuk air di dulang, boleh terpercik ke muka sendiri,” katanya. – Berita Harian


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo