NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bekas CEO kritik cara Elon Musk kendali Twitter

story-image

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Twitter, Jack Dorsey, mengkritik langkah yang diambil Elon Musk sejak membeli syarikat media sosial itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

"Tidak. Saya rasa langkah beliau tidak sesuai pada masanya,” kata Dorsey ketika ditanya oleh pengguna aplikasi baharunya "Bluesky"  sama ada masih percaya Musk adalah pemilik ideal untuk Twitter.

Apabila perjanjian bernila US$44 bilion kelihatan gagal, lembaga Twitter mengancam untuk menyaman Musk untuk memaksa perjanjian itu.

Dorsey berkata usaha lembaga itu untuk memaksa penjualan bukanlah idea yang bernas.

"Semuanya menjadi haru-biru," tulis Dorsey.

Beliau berkata jika Elon atau sesiapa sahaja mahu membeli syarikat itu, apa yang mereka perlu lakukan ialah meletakkan harga yang dirasakan lembaga itu lebih baik berbanding apa yang boleh dilakukan oleh syarikat secara bebas.

"Ini betul untuk setiap syarikat awam. Adakah saya optimis? Ya. Adakah saya mempunyai kata putus? Tidak. Saya fikir dia (Musk) sepatutnya ambil pendekatan “walk away” dan membayar US$1 bilion.

Di bawah perjanjian awal pembelian Twitter, Musk boleh “walk away” jika beliau membayar yuran perpisahan US$1 bilion.

Sejak memperoleh Twitter pada Oktober lalu, Musk telah mendapat kritikan hebat atas dasar-dasar baharu yang diperkenalkannya.

Selain memberhentikan pekerja, Musk juga mula mengenakan bayaran langganan kepada pengguna untuk tanda pengesahan biru selain melabelkan media tertentu sebagai "dibiayai oleh kerajaan".

-BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo