NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bank hanya beri pinjaman KWSP kepada pencarum T20

Ahmed Razman antara individu yang tidak setuju apabila wang dalam akaun KWSP disentuh kerana ia bakal memberikan kesan buruk dan kurangnya kadar perolehan dividen pencarum lain.



BANGI, Rabu – Pencarum masih boleh menjadikan simpanan KWSP sebagai cagaran hutang kepada pihak bank bermula 7 April ini. 

Namun, apabila pencarum pergi ke bank untuk membuat pinjaman, bank masih boleh menolak permohonan tersebut. 

Penganalisis Ekonomi Putra Business School, Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, tidak semua pencarum KWSP dapat memohon pinjaman secara bercagar kerana pihak bank memilih untuk memberi pinjaman kepada pencarum yang mempunyai skor kredit lebih bagus. 

“Ahli KWSP yang boleh pinjam ini pula mereka yang mempunyai  kredit yang bagus, jadi mungkin yang boleh buat pinjaman ini adalah  golongan T20 ataupun sebahagian M40  yang menghampiri T20,” katanya.

Beliau juga yakin hanya pencarum berstatus T20 dan M40 yang mendapat pinjaman cagaran KWSP ini daripada pihak bank. 

Bagi golongan B40 pula, mereka bakal berdepan kesukaran berganda apabila membuat pinjaman tersebut. 

“Maknanya, mereka ini sengsara tiga kali, mereka pinjam tidak  berkat sebab dapat riba, kemudian kalau tidak  dapat bayar, mereka bakal  diisytiharkan muflis, kemudian wang dalam akaun KWSP mereka  itu pulak keluar bagi membayar  pinjaman  mereka, maka mereka akan  bersara dalam keadaan yang tidak ada harta langsung,” tambahnya.

Beliau yang juga merupakan Pengarah Program MBA Putra Business School (PBS) memberitahu, kesan daripada KWSP bersasar yang diluluskan nanti akan mengakibatkan pendapatan aliran dividen pencarum lain berkurangan dan tidak tinggi seperti sebelumnya.

Sehubungan itu, beliau turut berpendapat, wang KWSP tidak seharusnya disentuh, baik dari sudut pengeluaran bersasar dan pinjaman cagaran ini. 

Justeru, beliau mencadangkan langkah yang boleh laksanakan kerajaan tanpa menyentuh wang KWSP.

“Wang KWSP jangsung tidak perlu kacau, sekiranya  ia keluar untuk bagi yang kecil ini pun, yang terkesan adalah ahli yang ramai.” jelansya ketika dihubungi TV Pertiwi. 

Katanya, kerajaan membantu setiap pencarum yang mengalami masalah kewangan dengan membawa dan memperkenalkan mereka kepada pejabat zakat, wakaf, jabatan kebajikan, badan bukan kerajaan (NGO) serta pihak persendirian sebagai alternatif lain. 


Sumber | Tv Pertiwi





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo