NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Apa status Skim Rumah Pertamaku?




KUALA LUMPUR
: Senator Razali Idris mahu kepastian sama ada kerajaan telah menamatkan Skim Rumah Pertamaku (SRP) pada 1 April lepas atau sebaliknya.

“Saya ingin jawapan daripada kerajaan sama ada skim itu telah dimansuhkan atau sebaliknya. Namun timbalan menteri tadi memberi jawapan berjela-jela,” katanya ketika sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Negara, hari ini.

Sebelum itu, Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM5 bilion tahun ini bagi menjayakan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) yang memerlukan keterlibatan pihak bank.

Bagaimanapun selepas didesak kali kedua oleh Razali, akhirnya Akmal Nasrullah menyebut kerajaan memperkasakan Skim Rumah Pertamaku kepada SJKP.

Media sebelum ini melaporkan bermula 1 April ini, SRP yang diperkenalkan pada 2011 dimansuhkan.

Skim tersebut sebelum ini dikendalikan Cagamas Bhd, menawarkan pembelian rumah pertama rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan.

Berikutan pemansuhan itu, pembeli rumah pertama perlu menyediakan deposit 10 peratus daripada harga hartanah yang ingin dibeli.

SJKP pula diwujudkan kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) bagi membantu pembeli rumah pertama yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan slip gaji. – HARAKAHDAILY 6/4/2023




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo