BANGI, Khamis – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka berdepan cabaran untuk meraih sokongan pengundi Melayu terhadap gabungan parti itu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berpendapat, setakat ini mustahil untuk PH menang di tiga negeri dikuasai PAS iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu yang akan terlibat pada PRN nanti.
Melalui komen disiarkan laman web Fulcrum, Khairy berkata, PH hanya meraih 15 peratus undi Melayu di negeri majoritinya Melayu berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
Namun, Negeri Sembilan dan Selangor juga dikatakan kubu kuat bagi PH dan perlu dipertahankan oleh Anwar pada PRN nanti.
“Tanpa perlu menanggung beban realiti sebenar berada dalam kerajaan, Perikatan Nasional (PN) menjadi juara populis mendesak rakyat Malaysia dibenarkan mengeluar akaun simpanan persaraan melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),” katanya.
Malah, katanya, PN dilihat seolah-olah ‘meminjam’ taktik Anwar ketika Presiden PKR itu berada dalam pembangkang dengan memberikan tumpuan kepada kempen populis.
Bekas Menteri Kesihatan itu berkata, Anwar berdepan cabaran hebat untuk berdepan PRN dengan ‘bebanan’ yang merujuk kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Modal politik Anwar semakin terjejas, memandangkan reputasi kontroversi Ahmad Zahid dan tanggapan terhadapnya yang dilihat memberi ganjaran kepada penyokong dan kroninya tanpa disekat.
“Lebih membimbangkan Anwar ialah jika UMNO menjadi liabiliti pilihan raya semasa pilihan raya negeri.
Beliau turut menyindir bekas ketuanya yang melaksanakan pembersihan UMNO daripada pihak yang mengkritik beliau, selain memberi ganjaran kepada para penyokong menerusi lantikan dalam perbadanan serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Jelas Khairy, jika PH kehilangan Selangor atau Negeri Sembilan, ia akan menjadi satu kemunduran besar bagi Anwar berikutan PN mengenal pasti kedua-dua negeri itu sebagai medan pertempuran utama.
Sumber I Tv Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment