SHAH ALAM - Presiden Pertubuhan Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa memberi gambaran akan mewujudkan kerjasama politik dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad susulan pertemuan kedua-dua mereka yang berlangsung pada Ahad.
Menerusi hantaran di Facebook, Annuar berkata, beliau bersama Dr Mahathir sepakat untuk terus berikhtiar mengukuhkan Muafakat dan Perpaduan orang Melayu dan Bumiputera di negara ini.
"Kami sepakat untuk terus berikhtiar mengukuhkan muafakat dan perpaduan orang Melayu dan Bumiputera serta memastikan muafakat orang Melayu dan Bumiputera kembali menjadi teras politik dan pentadbiran negara.
"Selain itu amatlah penting kita menyuburkan muafakat bagi mengurus negara kita yang berbilang bangsa dan agama ini dengan baik, seperti mana Tun pernah lakukan sekian lama sebagai Perdana Menteri," katanya.
Jelas Annuar, pertemuan yang berlangsung di kediaman Dr Mahathir itu membincangkan mengenai politik khususnya soal masa depan orang Melayu dan Bumiputera di Malaysia serta hal ehwal semasa politik negara.
"Sejak dulu Tun begitu passionate bila bercakap tentang orang Melayu.
"Walaupun saya dan Tun sering berbeza pendapat dan haluan politik, namun saya amat kagumi kepimpinan Tun yang begitu banyak membawa impak dan amat berjasa pada negara. Kebijaksanaannya serta ketajaman pemikirannya kekal hingga sekarang," katanya.
Sinar Harian pada Februari lalu melaporkan Annuar memberitahu, akan menyertai salah satu daripada tiga parti yang pernah membuat tawaran sebelum ini.
Baru-baru ini pula Annuar memaklumkan kepada media agar tunggu selepas beliau habis puasa enam ketika diminta mengulas mengenai hala tuju politiknya.
Sumber I Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment