Wan Ahmad Fayshal berkata, usul dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul Jumaat lalu ditolak atas alasan sudah dijelaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalannya sebelum ini.
“Saya dapat banyak pandangan daripada rakyat bahawa penjelasan dan ulasan kedua-dua menteri serta timbalan menteri tidak memuaskan mereka.
“Izinkan kami bahaskan perkara ini berbaki dua hari (sidang Dewan Rakyat). Bolehlah sekiranya ia dipertimbangkan supaya dapat membawa kepentingan orang ramai yang begitu memerlukan pengeluaran KWSP bersasar,” katanya.
Timbalan Yang Dipertua, Alice Lau Kiong namun menegaskan, keputusan telah dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat dan beliau tidak boleh mengenepikannya serta mencadangkan Ahli Parlimen yang tidak berpuas hati mengusulkannya semula. – KOSMO! ONLINE
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment