BANGI, Ahad – Agama Islam dilihat semakin hari semakin ditekan.
Umat Islam sering dipaksa supaya lebih ‘terbuka’, bersabar serta bertoleransi seolah-olah tidak ada sempadan dan noktah.
Jurucakap Gagasan Bangsa, Aminuddin Yahaya berkata, ini menyebabkan soal agama dan bangsa dianggap semakin hilang, hina dan ketinggalan zaman.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, ketika ini jika ada sesiapa yang bersuara atau bercakap soal agama, maka mereka akan dilabel sebagai pentaksub agama.
“Bukan orang lain tetapi dalam kalangan orang Melayu Islam sendiri termasuklah pemimpin politik.
“Jadi, umat Islam dikatakan hanya boleh bercakap pasal solat, puasa, bayar zakat dan haji, lebih daripada itu akan dianggap ektremis atau pelampau,” katanya.
Menurut Aminuddin juga, sesiapa yang memperjuangkan integriti dan toleransi semata-mata, mereka mempunyai peluang amat cerah untuk muncul sebagai pimpinan negara.
Malah, ini akan menjadi sifir mudah untuk menang dalam pilihan raya dan menjadi pemimpin.
Beliau turut mempersoalkan, jika inilah dasar yang menjadi teras pertimbangan pengundi, maka apakah mungkin satu hari nanti negara akan mempunyai seorang Perdana Menteri bukan dalam kalangan orang Melayu?
Menurut Aminuddin, ekonomi kapitalis pula ditentukan oleh orang kaya, bukan rakyat jelata. Mereka yang kaya akan terus kaya manakala yang miskin akan terus melarat.
Ini disebabkan rakyat sudah dididik dengan kerangka ekonomi kapitalis Barat dan dalam masa yang sama elemen agama menjadi semakin terhakis.
Berikutan itu, sedikit demi sedikit Tanah Rizab Melayu dijual tetapi kita tidak boleh berbuat apa-apa kerana tidak mampu membela nasib mereka.
Lebih malang, tanah ini biasanya akan dibeli oleh orang bukan Melayu kerana mereka sahaja yang mempunyai sumber kewangan yang besar.
Sumber | Tv Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment