NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

5 bulan jadi kerajaan, sudah ada kes mahkamah!!!

5 BULAN MENJADI KERAJAAN, SUDAH ADA KES MAHKAMAH!!

1. Anwar Ibrahim tidak lekang dengan laungan retorik melawan rasuah di mana-mana beliau bersyarah. Rasa lucu dan nak tergelak pun ada.

2. Lawan rasuah celah mana kalau orang terpalit kes rasuah diberikan jawatan sebagai orang kanan? Kalau betul lawan rasuah rehatkanlah dulu. Dah tiada kes baru lantik.

3. Baru 5 bulan jadi kerajaan dah ada Kementerian diserbu SPRM. Kes berkenaan pengambilan warga asing membabitkan nilai 97 ringgit di Kementerian Sumber Manusia. Menteri daripada DAP. Setiausaha Sulitnya telah ditahan. Tapi kenapa menteri tidak direhatkan?

4. Apabila berlaku kes sebegini ada 2 implikasi yang kita boleh fahami.

Satu, PH-BN dan PMX hipokrit. Kalau isu ini berlaku zaman TSMY atau DSIS. Nescaya PMX akan lawan habis-habisan agar menteri direhatkan. Tetapi PMX sendiri tidak buat apa-apa.

Kedua, Anwar sendiri sebagai PM sangat lemah menilai calon Menteri. Sehinggakan orang sebegini terlepas dilantik.

5. Kita amat menantikan agar PMX dan kerajaan campuran menepati prinsip yang selama ini dilaungkan. Rehatkanlah sebentar Menteri yang gagal mengawal anak buah Sehinggakan berlakunya rasuah. Tunaikanlah prinsip anda.

6. DAP yang dari dulu menjadi juara "melawan" ketirisan dan politik lapuk. Kini nampaknya diam sahaja membiarkan Anwar membuat sesuka hati. PAN kekal menjadi biawak hidup. Hanya PKR dilihat bersungguh-sungguh menyayangi kerajaan "campuran" ini.

Dr. Palatao
27.4.2023

#Palatao #MembangunBersamaPalatao

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo