NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wanita didakwa ‘isteri’ Latiff dalam laporan LCS tuntut Rafizi mohon maaf

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dituntut memohon maaf kerana hantarannya di media sosial tahun lalu yang menggelar Zainab Salleh sebagai ‘isteri kedua’ bekas menteri Dr Latiff Ahmad.



PETALING JAYA: Seorang wanita, yang dinamakan dalam laporan mengenai projek kapal tempur pesisir (LCS) sebagai isteri kepada seorang menteri ketika itu berkata, dia tidak pernah berkahwin dengan bekas menteri berkenaan.

Wanita itu, Zainab Mohd Salleh, yang dinamakan sebagai pasangan kepada bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (tugas-tugas khas) Dr Latiff Ahmad, berkata beliau tidak mempunyai hubungan peribadi dengannya.

Beliau berkata Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli memfitnahnya dengan merujuknya sebagai “isteri kedua” Latiff.


Beliau mendakwa, dokumen bertajuk “Review of LCS….Programme” disediakan oleh Alliance bagi tujuan kegunaan dalaman syarikat BHIC adalah draf yang tidak ditandatangani dan bukan laporan audit forensik serta bukan bertujuan untuk disebar kepada orang awam.

“Beberapa muka surat di dalam dokumen tersebut juga digelapkan,” katanya dalam surat tuntutannya kepada Rafizi hari ini.

Zainab mendakwa, Rafizi yang kini menteri ekonomi, menyiarkan beberapa kenyataan di akaun media sosialnya antara 22 Ogos dan 1 Nov tahun lalu mendakwa dia adalah “isteri kedua” Latiff.

Beliau mahu Rafizi mengemukakan permohonan maaf dalam tempoh 14 hari dari hari ini, jika gagal, dia akan memfailkan saman fitnah terhadapnya.

Tahun lalu, Latiff, yang juga bekas Ahli Parlimen Mersing daripada Bersatu, menafikan Zainab adalah “isteri kedua”. Beliau juga membuat laporan polis terhadap Rafizi.


Rafizi kemudian mencabar Latiff memfailkan saman terhadapnya jika menganggap dia difitnah.

Pada Ogos tahun lalu, bekas menteri pertahanan Hishammuddin Hussein mengumumkan laporan audit forensik mengenai kelewatan penghantaran LCS itu didedahkan kepada umum di laman web Parlimen.

Laporan itu disediakan untuk Boustead Heavy Industries Corporation (BHIC), pemegang saham utama Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), yang merupakan kontraktor dilantik Kementerian Pertahanan untuk membina kapal berkenaan.

Hishammuddin menambah bahawa Boustead bersetuju dengan penyahklasifikasian laporan itu.


Laporan itu menamakan Latiff sebagai pasangan kepada Zainab.


Sumber I FMT Malaysia 











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo