Ketua Penerangan Armada Bersatu, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir berkata prestasi ekonomi negeri itu terus mencatatkan lonjakan di bawah kepimpinan Menteri Besarnya, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
“Kami anak negeri Kedah amat terkilan apabila Perdana Menteri Kesepuluh jelas meminggirkan negeri-negeri Melayu terutamanya di Kedah sedangkan laporan prestasi ekonomi antara negeri-negeri dalam Malaysia jelas menunjukkan perkembangan hasil pelaburan yang mapan di bawah pentadbiran MB Sanusi.
“Contoh tahun 2021 sahaja, Kedah mencatatkan pelaburan RM68.3 bilion pada suku kedua tahun 2022 pula mencatatkan Kedah menerima RM20 bilion menjadikan negeri Kedah pada ketika itu berjaya mendahului jumlah pelaburan tertinggi di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
“Kedah Aerotropolis ini akan dapat memesatkan lagi pembangunan negeri dan melonjakkan pelaburan impak daripada aktiviti bernilai tinggi terutamanya dalam kawasan Taman Teknologi Tinggi Kulim (Kulim Hi-Tech Park) selaku pusat pembangunan industri dan teknologi di Koridor Utara.
“Adalah tidak masuk akal apabila PMX ingin menyekat perkembangan ini dengan memfokuskan kepada pembangunan di Pulau Pinang untuk membangunkan lapangan terbang yang lebih bergantung kepada sektor pelancongan semata,”
Sebelum ini, ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, Anwar mengumumkan peruntukan untuk kerja menaiktaraf lapangan terbang di PulauPinang dan Subang susulan kosnya yang jauh lebih rendah berbanding kos membina lapangan terbang baharu.
Mengulas lanjut, beliau berkata Kedah Aerotropolis ini akan menjadikan negara sebagai peneraju serantau yang bakal mendepani negara-negara Asia Tenggara lain malah dapat bersaing dalam perkembangan pembangunan global bagi meneroka industri berteknologi tinggi aeroangkasa dan penerbangan dengan pembukaan kawasan perindustrian baharu.
“Sedangkan menerusi pembangunan Kedah Aerotropolis ini dan juga KXP akan mampu membawa berbilion ringgit nilai pulangan hasil pelaburan dan membuka lebih peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.
“Bukan sahaja dalam konteks industri malah ia juga akan merancakkan pelancongan serta segenap aspek ekonomi masyarakat sekitar untuk dibangunkan,” katanya.
- AD
No comments
Post a Comment