KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim berkata, mulai Tahun Taksiran 2023, pembayar cukai yang mencarum dalam SSPN tidak lagi layak menuntut pelepasan cukai individu sehingga RM8,000.
“Ini adalah disebabkan tambahan senarai pelepasan cukai dan potongan cukai individu termasuk pengurangan sebanyak 2 peratus ke atas cukai pendapatan individu, pelepasan cukai perbelanjaan perubatan yang ditingkatkan dari RM8,000 ke RM10,000 dan pelepasan yang lain.”
“Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga menyediakan kemudahan penangguhan bayaran balik untuk peminjam yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM1,800,” katanya.
Menurut portal rasmi SSPN, insentif pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas Simpanan SSPN bagi tahun 2023 tidak diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari yang lalu.
“Justeru, perkara ini masih dalam perbincangan lanjut dan sebarang info terkini akan dihebahkan dari semasa ke semasa kepada orang ramai melalui saluran rasmi PTPTN.”
No comments
Post a Comment