NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tak puas hati pengecualian untuk Umno boleh cabar di mahkamah, kata Saifuddin

Saifuddin Nasution Ismail berkata, pengecualian kepada Umno itu dibuat berdasarkan penelitian selepas mendapat pandangan dan justifikasi pegawai undang-undang kementeriannya.


KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan pengecualian kepada Umno berhubung dua jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan dalam pemilihan akan datang bukan keputusan dibuat secara peribadi.

Sebaliknya, beliau berkata, ia dibuat berdasarkan penelitian selepas mendapat pandangan dan justifikasi pegawai undang-undang kementeriannya.

“Yang berhormat (Takiyuddin Hassan) pernah jadi menteri…di kementerian ada pegawai undang-undang dan (ini) bukan soal menteri secara peribadi. Saya sendiri meneliti fasal-fasal sebelum buat keputusan sehingga saya betul-betul puas hati,” katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab pertanyaan Takiyuddin (PN-Kota Bharu) sama ada Kementerian Dalam Negeri (KDN) menetapkan duluan dengan memberi pengecualian kepada Umno, sekali gus membolehkan dua jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan dalam pemilihan akan datang.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Semalam, Takiyuddin menyifatkan keputusan itu mempunyai kepentingan awam dan ingin tahu sama ada ia boleh menjadi rujukan pertubuhan lain.

Ia menyusul pengumuman Saifuddin bahawa keputusan itu dibuat selepas merujuk perlembagaan dan peraturan persidangan Umno, menggunakan Seksyen 70 Akta Pertubuhan yang memberikan kuasa kepada menteri untuk mengecualikan mana-mana pertubuhan berdaftar daripada semua atau mana-mana peruntukan akta sama, atau dalam hal ini Seksyen 13(1)(c)(14) akta itu.

Saifuddin berkata, pihak yang tidak berpuas hati boleh mencabar keputusan itu di mahkamah.

“Jadi, apa pilihan seterusnya jika pengadu tidak berpuas hati (atau) kalau dikatakan menteri melampaui batas kuasa dan sebagainya…dia boleh bawa kemukakan asas pernyataan ikut saluran undang-undang. Kemudian mahkamah adalah saluran menetapkannya.”

Beberapa Ahli Parlimen pembangkang, termasuk Takiyuddin mempertikaikan kenyataan itu dengan mendakwa Saifuddin tidak menjawab soalannya.

Saifuddin berkata, Takiyuddin dan dirinya tidak patut membahaskan isu berhubung Umno itu lebih lanjut memandangkan mereka berdua dari parti berlainan.

“Anda peguam daripada PAS…saya PKR. Yang kita cakap ini Umno. Jadi, tiba-tiba tak semena-mena (bahas isu Umno). Kita patutnya bahas tajuk lain.”


Sumber | FMT Malaysia





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo