NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Setiap ahli Parlimen ada hak tarik sokongan pada kerajaan – Tun M

Pada masa itu, UMNO tidak puas hati, UMNO tarik sokongan dan Muhyiddin jatuh dan digantikan dengan orang UMNO.

PUTRAJAYA – Ahli-ahli Parlimen berhak untuk menarik sokongan terhadap kerajaan hari ini sekiranya mendapati prestasi pentadbiran Persekutuan yang ditunjukkan tidak cemerlang.

Tun Dr Mahathir Mohamed mendakwa, tindakan sedemikian jika diambil tidak menyalahi undang-undang.

“Saya berpendapat kalau satu kerajaan itu tidak mentadbir dengan baik, ahli parti sepatutnya menjatuhkan kerajaan dan pilih yang lain seperti mana berlaku sewaktu (Tan Sri) Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri.

“Pada masa itu, UMNO tidak puas hati, UMNO tarik sokongan dan Muhyiddin jatuh dan digantikan dengan orang UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian ketika ditanya mengenai keyakinannya terhadap Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat ditadbir sehingga tamat penggal.

Menjawab sama ada kerajaan hari ini mampu menyelesaikan masalah orang Melayu, Dr Mahathir berkata, beliau tidak yakin ia akan berlaku.

“Saya tak yakin sama sekali, kerana dia berpendapat bahawa tidak ada masalah khusus untuk orang Melayu sahaja.

“Semua masalah adalah bersama sebagai sebuah negara berbilang kaum.

“Perlembagan kita menyebut bahawa Tanah Melayu ini adalah milik orang Melayu dan Melayu ini adalah orang asli kepada negara ini.

“Tetapi sekarang ini orang Melayu tak boleh dakwa negara ini milik orang Melayu.

“Sebaliknya, negara ini adalah untuk semua kaum dan sesiapa yang bercakap berkenaan orang Melayu itu merupakan satu hasutan, anti-kaum,” ujarnya. – MalaysiaGazette

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo