NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tambatan banjir: Projek belum mula bagaimana nak hentikan? soal Tuan Ibrahim


KUALA LUMPUR: Bekas menteri alam sekitar dan air mempersoal rasional penamatan tiga projek tebatan banjir (RTB) yang diumumkan sebagai langkah penjimatan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian), berkata tiga projek yang ditamatkan itu sebenarnya belum lagi bermula dan ada antaranya masih lagi dalam proses rundingan.

Justeru, beliau hairan dengan pengumuman perdana menteri mengenai penamatan ketiga projek itu kerana urusan untuk melaksanakannya mematuhi peraturan ditetapkan seperti dibenarkan Kementerian Kewangan.

"Dalam bajet yang lalu, menteri (kewangan) telah pun mengumumkan untuk menamatkan enam projek tebatan banjir dan dengan penamatan ini, kerajaan dapat penjimatan RM2 bilion. Saya rasa pelik sebab projek yang dia nak tamatkan ini belum dimulakan, belum dilaksanakan pun dan belum ada surat setuju terima pun malah belum dilantik melaksanakan.

"Bagaimana kerajaan tiba-tiba boleh umum nak tamatkan benda (projek) yang belum mula? Yang peliknya dapat penjimatan. Saya fikir kalau kita tunda pun projek tersebut sebab setiap kali penangguhan akan berdepan dengan kerugian.

"Sebabnya setiap kali penangguhan projek ini akan melibatkan kos lebih meningkat. Yang keduanya ia juga mendatangkan kesan kepada setiap kali musim bencana berlaku, maka negera kerugian antara RM6 bilion ke RM7 bilion setiap kali banjir.

"Saya fikir saya perlu mendapatkan penjelasan. Dalam pembentangan (Ahli Parlimen) Tambun menyebut tiga projek RTB Golok Fasa 3 walhal Fasa 2 pun belum mula. Fasa 3 kontraktor pun belum dilantik. Macam mana nak jimat?" katanya ketika membahaskan usul Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

Menyentuh projek kolam takungan dwifungsi Sungai Rasau, Tuan Ibrahim menjelaskan kontraktor bagi projek itu pun belum dilantik lagi dan masih diperingkat perundingan.

Tambah pula, beliau berkata projek RTB Sungai Segamat pun belum dimulakan lagi.

"Saya fikir Dewan Rakyat perlu penjelasan jelas terhadap perkara ini kerana perdana menteri pada sesi lalu melihat bahawa peruntukan ini, RM15 bilon yang diberi...sebab sebahagian besar projek yang tertunda ini sejak daripada Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMK-9) lagi.

"Sebab itu saya menyambut baik hasrat perdana menteri pada sesi lepas yang telah memperuntukan satu jumlah yang segera, supaya isu banjir dapat kita muktamadkan dan kita tidak lengahkan.

"Saya harap jangan setiap kali bertukar kerajaan akhirnya apa yang telah dirancang terpaksa dirombak balik dan terpaksa diubah semula, seolah-olah apa yang dibuat dalam sistem sama ada tender terbuka atau terder terhad atau rundingan terus kepada perkara yang segara kerana ia masih lagi dalam peraturan yang dibenarkan oleh Kementerian Kewangan," katanya - BERITA HARIAN



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo