NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN terbuka terima Annuar Musa


KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) secara terbuka mengalu-alukan bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menyertai parti tersebut.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia itu merupakan seorang pemimpin yang berwibawa.

“Beliau pemimpin yang berwibawa, yang boleh membaca politik tanah air. Beliau akan buat keputusan sendiri. Kita alu-alukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Program Dialog Ulama Negarawan sempena Pelancaran Buku Fiqh Siasah Abdul Hadi Awang di sini pada Selasa.

Pada Isnin, Annuar berkata, beliau sedang memilih dan bersedia menyertai mana-mana parti politik yang sesuai dengan perjuangannya selepas hampir tiga bulan dipecat daripada UMNO.

Menurut Annuar, tempoh tiga bulan tidak berparti itu digunakan untuk bermuhasabah dan memerhatikan arus dan pola politik negara.

Selain itu, mengulas mengenai perkembangan PN, Abdul Hadi berkata, gabungan itu ketika ini menunjukkan perkembangan yang positif sejak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Ada sebahagian UMNO turut menyertai PN. Hasilnya, kita dapat sebuah negeri Perlis. Kita mara di Pahang dan Perak. - SINAR HARIAN


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo